Wednesday, February 29, 2012

Untuk dia



Biarkan aku jatuh cinta
hanya kepada Jodoh yang telah ditulis namanya untukku di Lauh Mahfuz.
Hanya dia sahaja.
He is the only one for me to fall in love with,
no other man even for a little feeling.
Ya Allah, help me.




Ni kawan debab.
Berkaler putih-suci-bersih
Cik debab saya sudah jadi peneman wafiq di rumah
Ke hulu ke hilir dibawanya
Sumpah, rindu yang tidak keruan kepada si pemberi debab ni
No matter what,
Semoga terus kuat untuk hadapi dugaan yang DIA beri
Awak memang kuat
Dan awak kena jadi lebih kuat
Saya tahu dugaan paling besar yang awak sedang hadapi kini.
Dengan kudrat Ilahi,
semoga dipermudahkan segalanya.
He knows the best for you.
Keep on smiling.
:)





Wanita hiasan dunia


ya.
silapnya seorang perempuan ialah,
bila dia percaya, maka dia terlalu percaya.
bila dia menyayangi, maka dia menyayangi sepenuh hati.
bila dia memberi, maka dia berikan segala-galanya.

kerana itulah,
bila berhadapan dengan seorang lelaki,
perempuan perlu lebih berhati-hati.
selagi belum pasti, jangan memberi sepenuh hati.
selagi belum memiliki dan dimiliki secara halal dan sah,
jangan memberi segala-galanya.

bila kita terlalu mudah memberi,
maka kelak nanti kita akan sangat sukar melepas pergi.

.............

Jika wanita cantik yang dicari, ia bukan saya

Jika wanita ayu yang dicari, ia bukan saya

Jika wanita kaya yang dicari, ia bukan saya

Jika wanita solehah yang dicari, ia bukan saya

Jika wanita berpurdah yang dicari, ia juga bukan saya

Tetapi,

Jika wanita yang ingin dibimbing,

ya, itu adalah saya

Bimbinglah dan berilah imu agama kepada saya

Siapa pun anda.





Welcome March !


Special to : my mom and dad
one fine day
i'll make you proud
i promise !
:)


Saturday, February 25, 2012

bunga dan hati


cahaya matahari buat kau segar, wahai sang bunga.

wahai hati, apa makanan buat kau? untuk kau menjadi segar.

*** cahaya atas cahaya ***



Friday, February 24, 2012

Ighfirli, Ya Allah.



Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba.
Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.
Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan.
Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan
dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan.
Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.
Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan.
Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri,
lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik.
Maka tersenyumlah alam.
Betapa indahnya aturan Tuhan.
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?
Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawapannya memang mudah..

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan.
Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan.
Setiap kesenangan akan ada bayaran.
Contohnya, Tuhan hadirkan pelangi yang indah
dan kicauan burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.




Pesanan ringkas untuk dia



Selalu ingatkan awak.
Setiap hari, sebelum tidur
Setiap kali awak akan abaikan telefon awak

Hanya pesanan ini yang mampu saya luahkan
Supaya kita saling ingat-mengingati

Walau setinggi mana pangkat kita, darjat kita.
Walau sesibuk mana kita dengan urusan dunia.

P/S : Rindu yang tiada sempadan.


Tiada kata