Saturday, May 5, 2012
Terima kasih, awak.
Friday, May 4, 2012
Sembunyi
04 May 2012
Doaku untukmu :
"Aku mendoakanmu dalam hati, dengan suara yang perlahan sekali. Lalu, air mata terurai tanpa ku sedari."
*Bersabarlah wahai hati. Kau je organ paling kental antara semua.-_-*
Selamat tinggal kenangan.
Monday, April 30, 2012
Yes, I want.
Boleh tak?
Saturday, April 21, 2012
Transformasi diri
Kita geram dan rasa annoyed bila orang cuma cari kita bila dia perlukan kita. Rasa benci pun ada. Tapi tanpa sedar, kita pun sama. Cuma ingat Allah time ada musibah. Heh, bila ada warning tsunami dan gempa bumi baru nak ingat Allah. Selama ni, kita buat tak tahu dengan panggilan Dia. Kitalah orang yang kita benci. So, jom ubah diri kita. Biar Allah sayang, insan lain pun sayang ♥ ;)
Untuk Mister Right.
Maafkan saya,
Jika saya tidak bergurau senda & ramah melayan kata-kata mesra dari awak dulu, mungkin semua ini takkan terjadi.
Maafkan saya,
Jika saya tak bercakap dengan nada yang lembut dengan awak dulu, mungin semua ini takkan terjadi..
Maafkan saya,
Kerana jatuh hati pada awak & telah membuat awak juga jatuh hati pada saya.
Maafkan saya,
Jika lembut & mesra tutur bicara saya, manja suara & kata-kata saya dalam setiap pesanan ringkas, chatting kat fb & perbualan suara melalui telefon buat awak bertambah dekat & sayang terhadap saya.
Maafkan saya,
Kerana dah buat hati kita bergelumang dengan dosa selama ini.
Maafkan saya,
kerana mengambil keputusan untuk berpisah ini.
Bukan ada niat yang terselindung, tapi hanya untuk kita menggapai kembali redha-Nya.
Saya bersyukur diperkenalkan & dipertemukan dengan awak.
Mengenali awak, membuat saya yakin, di dunia nie masih ade lelaki yang baik.
Awak sentiasa baik dengan saya, awak banyak bersabar dengan karenah saya, awak sentiasa berusaha menggembirakan saya walau apapun mood saya ketika itu..
Prasaan kasih & sayang pada awak, merupakan 1 anugerah yang tak ternilai bagi diri saya.
Tapi malangnya, kita telah menggunakan anugerah itu dengan cara yang tak tepat.
Andai awak memang menyayangi diri ini.
pinanglah saya, dan jadikan saya milik awak yang halal, yang sah.
Kemudian, kita sambung kembali kisah percintaan kita di dalam hubungan yang halal.
Saya pasti, hubungan kita akan menjadi lebih indah setelah itu.
Andai saya memang merupakan tulang rusuk awak, saya akan menanti awak untuk kita saling melengkapi antara satu sama lain..
Tapi andai kata, saya bukan wanita yang ditakdirkan untuk menjadi jodoh awak, saya redha & saya doakan awak mendapat seorang wanita solehah yang jauh lebih baik berbanding diri saya.
Wahai Adam !
Ulang tahun mereka.
Sunday, April 1, 2012
Ayah

Ya Allah Patut lah rasa tak sedap hati je
Terasa sangat nak balik rumah
I'm eager to meet my parents
I always counted the seconds, minutes, hours and days to go back home.
I always told my friends yang saya rasa tak sabar nak balik rumah
Kenapa getaran hati saya sangat kuat?
Setiap hari telefon mak dan ayah
Tanya khabar dan melaporkan keadaan rutin macam biasa
Walaupun berbual rancak selalu, tetapi diri ini tak pernah jemu
Bergelak tawa, merajuk-sikitsikit kemudian dipujuk
Mereka selalu berdamping dengan saya, ada dekat dengan saya
3 hari yang lepas, mimpi yang bukan-bukan tentang ayah
Nauzubillah.
Kenapa mainan tidur ini sering berkait dengan orang yang saya sayang?
Lantas terjaga dari tidur
My eyes glanced at the clock.
It was 5.15am
But yet, my tears dropped quickly
I really hoped, it was not become a true.
Menangis dan menangis lagi
Bantal tidur dan bantal peluk kebasahan
Sehingga lah terdengar azan subuh
Up and get the wudhu' for subuh prayer
Ya Allah.
Adakah ini petanda?
Oh, tidak mungkin.
Jika itu satu kemungkinan, ternyata saya sangat tidak boleh terima
Hati terdetik dan merayu pada yang maha Esa
Ya Allah
Lindungilah orang tuaku dari segala musibah.
*Cried again and again*
Hati semakin tidak tenang
Asyik memandang kalendar kecil
menunggu waktu untuk pulang
Isnin, 2 April 2012
Diri ini berada di dalam kelas
Sedang khusyuk mendengar cerita dari pensyarah
Tiba-tiba terasa vibration handphone
"Ayahanda Saya is calling"..
Tapi tidak terus answer his call
Disebabkan menghormati pensyarah yang berada di depan
Oh.
Kenapa ayah call pagi-pagi lagi
Mungkin rindu kot.
Hati menyedapkan keadaan
Setengah jam berlalu,
Saya terus membuat panggilan untuk ayah
Salam diberi dan lantas bertanya khabar
I heard the strange voice from him
Hati sebak.
Ayah seakan menyembunyikan sesuatu
Saya memaksa ayah untuk beritahu hal sebenar
Akhirnya ayah akur
Ayah had a bad fever
His body is shaking
What i really touched for, ayah pergi klinik sorang-sorang
Larat pulak ayah drive sendiri
Dengan keadaan lemah
Saya semakin gelisah, tidak tenang
Ayah repeated his words dan menenangkan saya,
"tak ada ape-ape.demam sedikit sahaja. jangan risau"
Oh ayah,
Hati ini sentiasa risaukan ayah.
Semoga ayah sentiasa dilindungi
Dan diberi kesihatan yang baik untuk ayah.
Ayah jangan lupa makan ubat dan ikut nasihat doktor
SAYANG AYAH SANGAT-SANGAT
p/s : lagi 4 hari nak balik rumah. sentiasa menghitung hari. please be nice to me. -_-
Perlukah menangis?
Tidak ada apa yang memalukan.
Menangisi jangan meratapi.
Tetapi,
ingatlah kasih ALLAH dalam titis-titis air mata yang dialirkan.
Kerana kasih ALLAH kita punya air mata.
Bayangkan jika kita sedih,
tapi ALLAH tak kurniakan kita air mata,
pasti seksa hati menahan sedih dalam diri.
SUBHANALLAH.
Kuatkan hati ini.
Liku-liku kehidupan yang sangat tajam.
Pelbagai ranjau berada di depan.
p/s : I feel lost inside myself.
Saturday, March 31, 2012
Ujian Allah
kita diberi cubaan dengan kehilangan.
Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan,
kita terduduk berlinang airmata saat impian kecundang…
Ya.. Kita kan hamba padaNya yang Esa, kita juga hadapi ujian yang sama seperti ini.
Sesungguhnya yakinlah DIA pemberi segala, kerana segalanya kepunyaanNya.
Saat ditariknya nikmat yang ada,
DIA sedang mengaturkan untukmu sesuatu yang lebih berharga.
Jangan bersedih, dunia ini tidak selayaknya ditangisi.
p/s : Ketika Allah rindu pada hambaNya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Tabahlah wahai hati. :)
Wednesday, March 28, 2012
Kawan kapal selamanya

Tanpa diketahui oleh sahabatnya itu
Maka para malaikat akan mendoakan kebaikan untuknya
Sebagaimana dia memohon kebaikan untuk sahabatnya.
p/s : sometimes you feel that you really need the prays from them,
but actually you really need to pray for them
Oh tidak !
Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,
Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.
Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.
Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan
perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.
Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.
Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.
Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.
Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian.

Hati perempuan
Tapi air mata seorang lelaki
belum tentu dapat mencairkan hati perempuan yang telah disakiti

Biarlah DIA yang menjaga hati ini,
sehingga tiba satu saat DIA juga yang menghalalkan hati ini
untuk berkongsi cinta dengan dia yang dipilih-NYA,
insyaAllah.
Tuesday, March 27, 2012
Kerdilnya kita !
Perbezaan ‘SEDIKIT’ kita dengan Rasulullah SAW
Rasulullah sedikit tidur
kita sikit-sikit tidur
Rasulullah sedikit makan
kita sikit-sikit makan
Rasulullah sedikit marah
kita sikit-sikit marah
Rasulullah sedikit bergurau
kita sikit-sikit bergurau
Rasulullah sikit-sikit beramal
kita sedikit beramal
Rasulullah sikit-sikit berkorban untuk islam
kita sedikit pengorbanan
bila kita nak berusaha untuk kejar perbezaan yang “HANYA SEDIKIT ITU”?











