Thursday, August 4, 2011

sengal. :p

life is getting too hard. let be a cat. :p

p/s : bila kembali ke kampus selepas cuti panjang, saya lupa macam mana nak menulis.


cintamatahati



"if you truly love someone,
then the only thing you want for them is to be
happy..
even if it's not with you."


speechless thursday





.
|think on while you're dreaming.|
.


spontaneous thursday


"Dekat mulut kata benci,
tapi hati kata sayang"

hahaha annoying kan?
bukan selalu hati ondaspot macam ni.

p/s : sesiapa yang rasa menyampah, sila abaikan. sekian.


Wednesday, August 3, 2011

adore da polkadot cotton clothes


Alhamdulillah. tercapai hasrat dan terbeli sudah dan terjahit siap.
3 of us, adik-kakak-diri ini sangat sukakan everything yang bercorak polkadot.
nice and comel gitu kan.
sesuai dengan kami yang berjiwa remaja nih.
yes, baju raya ke-4 sudah setel.
kalo ikotkan mak, die dah tak kasi beli lagi.
she said, "3 pasang dah cukup. baju yang awak jahit dan beli sebelum raya ni pon ade lagi yang tak pakai"
baru perasan. betol jugak mak cakap macam tu.
yelah, ikot mata dan hati berkenan, main beli je.
fine mak. baju kurung ade spare banyak-banyak tak rugi.
boleh pakai dan guna lagi time keja nanti.
itu pun kalo badan tak kembung and maintain macam sekarang.
nak beli kain yang bercorak polkadot macam tu, bukan main la susah.
seantero bandar kota bharu sudah jelajahi.
namun, still tak jumpa. walhal, it's a new trend sekarang dan jadi kegilaan remaja.
dah macam kembara polkadot pulak.
at last, jumpe jugak. it was worthy for that day.
sepasang-rm60.
kalo sorang ambik, makanya 3 pasang jugak lah kena ambik.
3pasang-rm180.
alhamdulillah. standard and available price.
corak yang sama tapi berlainan warna.
tidak harus untuk warna dan corak yang sama.
nanti macam boria jalanan pulak.
haishh.
thanks Allah once again.
makcik tailor still ambik lagi tempahan menjahit baju polkadot kami
ahaha. beraya sakan nampak.
make sure puasa cukup ye.
*opss. boleh janji ke? hehe*

p/s : http://www.facebook.com/pages/Polka-dot-cotton-shop/203102596372671
juz do view on diz page.
nak booking kat sini je lah coming soon.
cun gilerr.
ahh. kemaruk sudah.



Tuesday, August 2, 2011

cinta USRP.

keceriaan dan kegirangan dicipta bersama.


tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan.
melompat lebih tinggi.


teguh. kukuh. utuh.
ikatan antara kami bagaikan simpulan tali yang erat.


gadis-partner-hangout
cap hijau. kasut purple kuning. :p


memori dan kisah hati tercipta.


semangat yang jitu.
ikhlas menabur keringat demi USRP.


yang sentiasa menemani diri ini.


oh camera. please be nice to me. im not a kerdil woman. :p


anggun. bergaya. top model. :p


nama pengasas ukhuwah antara kami adalah USRP
is stand for Unit Sukan dan Rekreasi Pelajar
Universiti Sains Islam Malaysia
kami berada di bawah bumbung yang sama
di bawah organisasi yang mantap
sentiasa memberi sokongan dan menggembleng tenaga dalam hal ehwal kesukanan pelajar USIM
semangat kami yang kental dan jitu
tidak pernah mengeluh dalam setiap aktiviti yang dianjurkan
tidak pernah mengenal erti penat dan lelah sewaktu menjadi ball-picker
tidak pernah gusar untuk menjadi lebih berani
tidak pernah takut untuk berdepan dengan orang ramai
semoga ukhwah antara kami terbina buat selamanya
saya sangat sayang organisasi ini. sungguh. T_T


Ketika semuanya pergi, tak ada lagi canda, tawa, sepi, sunyi dalam diri

Terasa semua hilang.

Tak ada semangat, terhanyut dalam kesunyian.

Kata ini mungkin menjadi penyejuk qalbu, penyemangat hidup, tatkala hati resah entah berbuat apa.


Kata ini bukanlah sekadar kata, tapi kata ini adalah sebuah janji, sebuah ikatan yang tak tersirat tapi sangat erat.

Kata ini adalah ”ukhuwah”.



berharap


mengharapkan Ramadhan kali ini penuh dengan makna


sayu.dingin.bila hari pertama sahur menjelma.
mak kejut bangun pukul 5 pagi.
makanan sudah siap tersedia di atas meja.
terkilan. tak dapat menolong mak menyediakan makanan.
mak memberi tugasan untuk mengejutkan abang-abang dan adik serta kakak.
ayah mengetuai bacaan doa makan serta ingatkan tentang niat puasa.
muka masing-masing seperti paksa rela untuk bangun sahur.
ayah ingatkan lagi. "sesiapa yang bangun sahur, dah dapat 1 pahala"
terasa nikmatnya bangun sahur di kala dinihari.
usai makan, kemas makanan di atas meja dan apa yang patut.
menunggu azan subuh.
ayah dan emak sudah bersedia ke masjid untuk solat subuh berjemaah.
hanya berada di atas tikar sejadah. bertadarus dan berzikir.
mencapai alma'thurat dan kitab suci.
melawan godaan syaitan supaya tidur berselimut.
muhasabah diri sejenak. terasa banyak bebanan dosa.
ingin kembali dekat kepadaNya.
bulan yang penuh dengan barakah ni tidak ruginya jika melatih diri untuk istiqamah.
sentiasa dekat kepadaNya.
hanya bukan di bulan Ramadhan sahaja.

berada di rumah.
hari ini masuk hari kedua berpuasa.
cuaca panas membuatkan diri cepat kehausan.
sabar, dugaan kecil diberi.
selalu memikirkan buruh-buruh yang membina bangunan.
serta pakcik-makcik petani yang tekun menanam padi di bawah panas terik matahari.
demi mencari sesuap nasi.
syukur ya Allah.
saya hanya bergoyang kaki. duduk dibawah kipas dan bumbung rumah.
melayan karenah si wafiq dan manja si najwan.
di waktu petang, sibuk menolong mak menyediakan juadah.
sama seperti hari ini dan seterusnya.
memanfaatkan sepenuhnya sebulan berpuasa di rumah.
sungguh teruja.
masa yang di nanti untuk melipat-gandakan amal dan berbakti untuk orang tua.
ayah selalu berpesan, sentiasa solat di awal waktu.
di sebelah malam, bersama-sama keluarga menyempurnakan tarawih di masjid.
insyaAllah. akan istiqamah sampai ke penghujung Ramadhan.
ingin mencari ketakwaan dan keredhaanNya.

p/s : rindu berpuasa bersama-sama sahabat di SMKA Naim Lilbanat.