Tuesday, August 2, 2011

berharap


mengharapkan Ramadhan kali ini penuh dengan makna


sayu.dingin.bila hari pertama sahur menjelma.
mak kejut bangun pukul 5 pagi.
makanan sudah siap tersedia di atas meja.
terkilan. tak dapat menolong mak menyediakan makanan.
mak memberi tugasan untuk mengejutkan abang-abang dan adik serta kakak.
ayah mengetuai bacaan doa makan serta ingatkan tentang niat puasa.
muka masing-masing seperti paksa rela untuk bangun sahur.
ayah ingatkan lagi. "sesiapa yang bangun sahur, dah dapat 1 pahala"
terasa nikmatnya bangun sahur di kala dinihari.
usai makan, kemas makanan di atas meja dan apa yang patut.
menunggu azan subuh.
ayah dan emak sudah bersedia ke masjid untuk solat subuh berjemaah.
hanya berada di atas tikar sejadah. bertadarus dan berzikir.
mencapai alma'thurat dan kitab suci.
melawan godaan syaitan supaya tidur berselimut.
muhasabah diri sejenak. terasa banyak bebanan dosa.
ingin kembali dekat kepadaNya.
bulan yang penuh dengan barakah ni tidak ruginya jika melatih diri untuk istiqamah.
sentiasa dekat kepadaNya.
hanya bukan di bulan Ramadhan sahaja.

berada di rumah.
hari ini masuk hari kedua berpuasa.
cuaca panas membuatkan diri cepat kehausan.
sabar, dugaan kecil diberi.
selalu memikirkan buruh-buruh yang membina bangunan.
serta pakcik-makcik petani yang tekun menanam padi di bawah panas terik matahari.
demi mencari sesuap nasi.
syukur ya Allah.
saya hanya bergoyang kaki. duduk dibawah kipas dan bumbung rumah.
melayan karenah si wafiq dan manja si najwan.
di waktu petang, sibuk menolong mak menyediakan juadah.
sama seperti hari ini dan seterusnya.
memanfaatkan sepenuhnya sebulan berpuasa di rumah.
sungguh teruja.
masa yang di nanti untuk melipat-gandakan amal dan berbakti untuk orang tua.
ayah selalu berpesan, sentiasa solat di awal waktu.
di sebelah malam, bersama-sama keluarga menyempurnakan tarawih di masjid.
insyaAllah. akan istiqamah sampai ke penghujung Ramadhan.
ingin mencari ketakwaan dan keredhaanNya.

p/s : rindu berpuasa bersama-sama sahabat di SMKA Naim Lilbanat.





No comments:

Post a Comment