Wednesday, February 29, 2012

Untuk dia



Biarkan aku jatuh cinta
hanya kepada Jodoh yang telah ditulis namanya untukku di Lauh Mahfuz.
Hanya dia sahaja.
He is the only one for me to fall in love with,
no other man even for a little feeling.
Ya Allah, help me.




Ni kawan debab.
Berkaler putih-suci-bersih
Cik debab saya sudah jadi peneman wafiq di rumah
Ke hulu ke hilir dibawanya
Sumpah, rindu yang tidak keruan kepada si pemberi debab ni
No matter what,
Semoga terus kuat untuk hadapi dugaan yang DIA beri
Awak memang kuat
Dan awak kena jadi lebih kuat
Saya tahu dugaan paling besar yang awak sedang hadapi kini.
Dengan kudrat Ilahi,
semoga dipermudahkan segalanya.
He knows the best for you.
Keep on smiling.
:)





Wanita hiasan dunia


ya.
silapnya seorang perempuan ialah,
bila dia percaya, maka dia terlalu percaya.
bila dia menyayangi, maka dia menyayangi sepenuh hati.
bila dia memberi, maka dia berikan segala-galanya.

kerana itulah,
bila berhadapan dengan seorang lelaki,
perempuan perlu lebih berhati-hati.
selagi belum pasti, jangan memberi sepenuh hati.
selagi belum memiliki dan dimiliki secara halal dan sah,
jangan memberi segala-galanya.

bila kita terlalu mudah memberi,
maka kelak nanti kita akan sangat sukar melepas pergi.

.............

Jika wanita cantik yang dicari, ia bukan saya

Jika wanita ayu yang dicari, ia bukan saya

Jika wanita kaya yang dicari, ia bukan saya

Jika wanita solehah yang dicari, ia bukan saya

Jika wanita berpurdah yang dicari, ia juga bukan saya

Tetapi,

Jika wanita yang ingin dibimbing,

ya, itu adalah saya

Bimbinglah dan berilah imu agama kepada saya

Siapa pun anda.





Welcome March !


Special to : my mom and dad
one fine day
i'll make you proud
i promise !
:)


Saturday, February 25, 2012

bunga dan hati


cahaya matahari buat kau segar, wahai sang bunga.

wahai hati, apa makanan buat kau? untuk kau menjadi segar.

*** cahaya atas cahaya ***



Friday, February 24, 2012

Ighfirli, Ya Allah.



Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba.
Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.
Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan.
Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan
dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan.
Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.
Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan.
Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri,
lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik.
Maka tersenyumlah alam.
Betapa indahnya aturan Tuhan.
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?
Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawapannya memang mudah..

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan.
Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan.
Setiap kesenangan akan ada bayaran.
Contohnya, Tuhan hadirkan pelangi yang indah
dan kicauan burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.




Pesanan ringkas untuk dia



Selalu ingatkan awak.
Setiap hari, sebelum tidur
Setiap kali awak akan abaikan telefon awak

Hanya pesanan ini yang mampu saya luahkan
Supaya kita saling ingat-mengingati

Walau setinggi mana pangkat kita, darjat kita.
Walau sesibuk mana kita dengan urusan dunia.

P/S : Rindu yang tiada sempadan.


Tiada kata

Tersenyum melihat langit

Banyak benda tak terluah hanya mampu ditulis.

walau tak dikongsi pada butir bicara.

hanya ditaip pada papan kekunci,

hanya dibaca insan-insan tidak dikenali.

dipandang sepi, bahkan mungkin tak dimengerti.

tapi sekurang-kurangnya masih ada tempat untuk berbagi,

sebuah rasa yang disimpan jauh-jauh dari dunia realiti.


Hiperbola kehidupan diri.

Kalau tak mampu menyintai, jangan pernah sentuh hati seseorang

Kalau tak mampu setia, jangan pernah mengukir janji

Kalau tak mampu menggenggam hubungan, jangan pernah beri harapan.

Itu yang terbaik.

Kerana hati manusia itu

Terlalu bernilai untuk disakiti

Terlalu mahal untuk disia-siakan

Dan terlalu berharga untuk dihancurkan.


............


Tersenyum melihat langit

Langit membalas senyuman

Dengan penuh keikhlasan






Do alert !



Notes for myself

  • Wake up early
  • Make time for the Quran
  • Always smile
  • Pray 5 times a day
  • Start everything with Bismillah
  • Pray istikharah before any decision
  • You are never too young or never too old for any good deeds.


Bila seseorang menegur kesilapan kita, bersyukurlah
Bila seseorang memberi nasihat kepada kita, bergembiralah
Itu buktinya masih ada yang masih sayang kepada kita
Itu tandanya Allah kasih kepada hambanya
DIA telah hantar seseorang untuk mengingatkan kita
Agar kita tidak terus leka dan lupa
Didiklah diri kita agar terus berlapang dada dan berfikiran terbuka
Menerima segala teguran dan nasihat yang berguna
Agar sama-sama kita berusaha mencapai cita-cita
Untuk menuju jalan ke syurga


Jangan dilihat hadiah itu, tapi lihatlah pada siapa yang memberi hadiah itu
Jangan dilihat nikmat itu, tapi lihatlah pada SIAPA yang memberikan nikmat itu
Jangan dicintai hadiah itu, tapi cintailah siapa yang memberi hadiah itu
Jangan dicintai nikmat itu, tapi cintailah pada SIAPA yang memberi nikmat itu



Show your style ; Black Rose.















Waktu pantas berlari sampai aku sudah tidak mampu mengejar lagi sepantas ia pergi. Mengekori sahaja sudah cukup baik barangkali
Keriangan itu pasti
Kegembiraan itu jelas
Terselit di sudut hati

01 Disember 2011
Restoran Nelayan, Tasik Titiwangsa
Menggamit sejuta memori
Semoga ikatan antara hati kukuh bagaikan konkrit






Colours






Colours of the day eventhough it was.
Deep down in my heart, I love them sooo badly.
*simply inspiring*
LOL



Everyone thinks of changing the world,
but no one thinks of changing himself.

As the holy Quran says to the effect :
"Verily Allah will not change the condition of the people,
until they change what's in themselves"
{ Surah Ar-Ra'd : 13, verse : 11 }

Don't wonder why Allah doesn't grant all our wishes immediately,
but rather give thanks that He doesn't punish us immediately for all of our mistakes.





Thursday, February 23, 2012

Lover sepanjang hayat.


A : “Weh kau tahu tak boyfriend aku call aku 3 kali sehari, love of my life (sambil buat muka mintak kaki)”
B : “Oh really? lover aku call aku 5 kali sehari (muka bangga)
A : Bestnya, banyak credit lover kau?
B : Taklah ni connection wire-less
A : (Muka tak puas hati) hmm.. Pukul berape dia call?
B : SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB and ISYAK. Nak romantik aku pulak call DIA pukul 2-3 pagi macam tu. Masa Dhuha pun ada.


p/s : Sekadar perkongsian dan makanan rohani.



Salam Jumaat :)


Seksyen 14 Akta Kesalahan Jenayah Syariah:
Mana-mana orang lelaki, yang baligh, yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dalam kariahnya tiga kali berturut-turut tanpa uzur syarie atau tanpa sebab yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Soalan : Penguatkuasaannya macam mana, semua pegawai kuatkuasa (kebanyakkan lelaki) gi sembahyang. *Wondering*

Another year older, Another ujian dunia.



Alhamdulillah. finally turned 22, another year older, another year wiser! cewahhh! or i shall say, another year older, another ujian dunia, nauzubillah. why? will tell u later towards the end but anyway, alhamdulillah again, rasa syukur yang teramat sangat.
*almaklumlah dah siap buat wishlist dari sebulan yang lalu*
couldnt ask for more or a better way to express it selain memanjatkan doa dan rasa yang sangat bersyukur kepada Allah kerana masih di pulangkan roh ke jasadnya untuk bangun pagi setiap hari seperti yang di doakan.

anyway, cuma nak kongsi sesuatu untuk di fikirkan sejenak dan di renungkan bersama. as per mention above tadi..

kalau dalam waktu kita belajar, tak kisahlah di sekolah ke, universiti ke, kita belajar setiap hari dengan rajinnya, efisyen, efektif, dedikasi dan komited *konon nya* untuk menghadapi segala ujian atau peperiksaan yang ada kan? mengaku lah yang kita semua adalah amat tak suka ujian, kalau boleh biarlah belajar je sampai rambut putih pun takpe tapi tak nak duduki segala ujian atau peperiksaan kat sekolah atau universiti tu sebaab rasa penatnya belajar.

Jujur lah mesti pernah rasa eyhh stressnya baca buku nak hafal semua, rasa nak rebus buku nak minum air buku biar dapat jawab semua soalan exam tu. Kan kan? lagi lah kalau kat malaysia ni jenis belajar semua exam oriented, semua belajar sebab nak lulus ujian je di samping pasang nawaitu belajar kerana Allah SWT dan beribadah kepadaNya. cehcehceh. tapi apa yang dapat kita simpulkan di sini ialah tak suka ujian, kan kawan-kawan?
tak suka ujian T_T betul tak?

so ape kene mengena semua nie Cik Nonet?
kene mengenanya ialah..

hidup kita di dunia ni kan bersifat sementara. Kerana yang kekal buat kita adalah akhirat, syurga dan neraka. Jadi hidup kita di dunia ni adalah satu ujian dalam kita nak tetapkan iman, tabahkan hati, lahirkan sabar, istiqamah beribadah supaya mendapat tempat di syurga Allah. Maksudnya setiap kali kita bertambah usia, maka bertambah lagi lah ujian kita di dunia betul tak? Tapi sedar tak kita bila kita makin tambah usia (which equals tu tambah ujian dunia) itulah yang kita suka kan? setiap kali nak tambah usia, sangat gembira, malah kita sambut dengan tawa ria. Walhal kita tidak sedar bahawa ujian buat kita semakin berat. dan balik pada cerita di atas tadi, bukankah kita semua orang yang tak suka kan ujian masa belajar dulu? bukankah kita kalau boleh tak nak ada ujian?

Tapi masyaAllah bila ujian dunia (sambut birthday another year older) datang yang penuh dengan permainan syaitan kita suka pula kan? astagafirulallahal'azim. jadi di sini, bukanlah nak kata kita minta pendek umur atau bunuh diri sebab tak nak ujian dunia, cuma beringatlah kita. bersyukur pada Allah kerana masih bernafas di bumi ini, dan bermakna masih terbuka peluang besar bertaubat dan hadapi ujian dunia dengan iman dan sabar.

Selalu ingatkan diri, kalau dah bertambah usia, tak semestinnya terus hidup lama, mungkin sehari dua lagi, atau lusa, atau tulat, atau bulan depan, atau tahun depan atau 5 tahun akan datang, kita akan dipanggil semula menghadap ilahi. jadi marilah kita berdoa pada Allah supaya jadikan kita hamba yang selalu dalam peliharaanNya dalam hadapai ujian dunia. bersama kita renungkan, dan muhasabah diri termasuk si penulis blog ini. Semoga pintu taubat untuk kita terus di buka sebelum tibanya hari kiamat kerana yang pasti kejayaan yang kita nantikan adalah Jannah allah yang kekal abadi, insyaAllah...



Trend atau niat?



Topik semasa : Pakai tudung

Okay kalau nak pakai tudung memang ada tanggungjawab yang besar. Attitude, the way you dress, yang paling penting iman kena kuat. I'll try my very best to jaga my solat, adab, my social life and banyak perkara lagi bila dah bertudung. Yeah I can see that some people got some issue with the hijab style and all. Bukan sekadar fashion, truthfully apa yang saya nampak lagi ramai yang nak bertudung. Depends on niat masing masing. I don't know. Pada saya, saya rasa memang dah tiba masanya untuk bertudung and change towards the future. Tolak tepi pasal fashion. Up to you how to judge it. Biar sendiri yang tahu. Niat kena betul.

Banyak la orang invented style nak pakai hijab. Hehe. I love to see people dressing up and came up with new styles. Click kat YouTube tu, confirm keluar. Senang je nowadays.
*Sorry kalau ayat tunggang terbalik sini sana. Apa-apa pun niat kena betul :)



Hati kembali


Sudah beberapa bulan saya telah mengabaikan blog kesayangan saya
Bukan sengaja, tapi keadaan dan masa tidak mengizinkan.
Promised myself, saya akan jaga blog ni baik-baik.
Sedikit pon saya tidak akan biarkan ia berhabuk.
Chill. :p