Thursday, February 23, 2012

Another year older, Another ujian dunia.



Alhamdulillah. finally turned 22, another year older, another year wiser! cewahhh! or i shall say, another year older, another ujian dunia, nauzubillah. why? will tell u later towards the end but anyway, alhamdulillah again, rasa syukur yang teramat sangat.
*almaklumlah dah siap buat wishlist dari sebulan yang lalu*
couldnt ask for more or a better way to express it selain memanjatkan doa dan rasa yang sangat bersyukur kepada Allah kerana masih di pulangkan roh ke jasadnya untuk bangun pagi setiap hari seperti yang di doakan.

anyway, cuma nak kongsi sesuatu untuk di fikirkan sejenak dan di renungkan bersama. as per mention above tadi..

kalau dalam waktu kita belajar, tak kisahlah di sekolah ke, universiti ke, kita belajar setiap hari dengan rajinnya, efisyen, efektif, dedikasi dan komited *konon nya* untuk menghadapi segala ujian atau peperiksaan yang ada kan? mengaku lah yang kita semua adalah amat tak suka ujian, kalau boleh biarlah belajar je sampai rambut putih pun takpe tapi tak nak duduki segala ujian atau peperiksaan kat sekolah atau universiti tu sebaab rasa penatnya belajar.

Jujur lah mesti pernah rasa eyhh stressnya baca buku nak hafal semua, rasa nak rebus buku nak minum air buku biar dapat jawab semua soalan exam tu. Kan kan? lagi lah kalau kat malaysia ni jenis belajar semua exam oriented, semua belajar sebab nak lulus ujian je di samping pasang nawaitu belajar kerana Allah SWT dan beribadah kepadaNya. cehcehceh. tapi apa yang dapat kita simpulkan di sini ialah tak suka ujian, kan kawan-kawan?
tak suka ujian T_T betul tak?

so ape kene mengena semua nie Cik Nonet?
kene mengenanya ialah..

hidup kita di dunia ni kan bersifat sementara. Kerana yang kekal buat kita adalah akhirat, syurga dan neraka. Jadi hidup kita di dunia ni adalah satu ujian dalam kita nak tetapkan iman, tabahkan hati, lahirkan sabar, istiqamah beribadah supaya mendapat tempat di syurga Allah. Maksudnya setiap kali kita bertambah usia, maka bertambah lagi lah ujian kita di dunia betul tak? Tapi sedar tak kita bila kita makin tambah usia (which equals tu tambah ujian dunia) itulah yang kita suka kan? setiap kali nak tambah usia, sangat gembira, malah kita sambut dengan tawa ria. Walhal kita tidak sedar bahawa ujian buat kita semakin berat. dan balik pada cerita di atas tadi, bukankah kita semua orang yang tak suka kan ujian masa belajar dulu? bukankah kita kalau boleh tak nak ada ujian?

Tapi masyaAllah bila ujian dunia (sambut birthday another year older) datang yang penuh dengan permainan syaitan kita suka pula kan? astagafirulallahal'azim. jadi di sini, bukanlah nak kata kita minta pendek umur atau bunuh diri sebab tak nak ujian dunia, cuma beringatlah kita. bersyukur pada Allah kerana masih bernafas di bumi ini, dan bermakna masih terbuka peluang besar bertaubat dan hadapi ujian dunia dengan iman dan sabar.

Selalu ingatkan diri, kalau dah bertambah usia, tak semestinnya terus hidup lama, mungkin sehari dua lagi, atau lusa, atau tulat, atau bulan depan, atau tahun depan atau 5 tahun akan datang, kita akan dipanggil semula menghadap ilahi. jadi marilah kita berdoa pada Allah supaya jadikan kita hamba yang selalu dalam peliharaanNya dalam hadapai ujian dunia. bersama kita renungkan, dan muhasabah diri termasuk si penulis blog ini. Semoga pintu taubat untuk kita terus di buka sebelum tibanya hari kiamat kerana yang pasti kejayaan yang kita nantikan adalah Jannah allah yang kekal abadi, insyaAllah...



No comments:

Post a Comment