Saturday, January 29, 2011

la tahzan !


Mungkin yang harus kamu lakukan adalah,

sujud menyembah Allah memohon agar segala rasa itu dihilangkan dan semoga sinar bahagia muncul kembali.
Percayalah, Allah tak pernah menghampakan hamba-hambaNya.
Menangislah, teriaklah, berdoalah, bersedihlah, dan tersenyumlah saat kamu mengadu kepadaNya.
Kamu pasti akan berasa lega. Pasti.
Biarkan airmata itu mengalir deras.
Luahkan segala yang membeban kepadaNya
Jangan ikutkan godaan syaitan.
Ambillah wuduk dan berdoa. Bacalah setiap bait kitab suci dengan ikhlas.
Nescaya kamu akan berasa lega.
Mungkin ini hanya satu dugaan dari Allah dalam menguji sejauh mana kesabaran dan keimanan kamu.
Allah meguji hamba yang Dia kasihi.
Bersyukurlah kerana kamu masih disayangiNya.
Jangan ikutkan mainan perasaan.
Jika benar kamu masih mahu terus menyayangi, sebutkan namanya di setiap doamu.
Doakan kebahagian dirinya. Bacakan Yassin dan Al-Fatihah kemudian sedekahkanlah pada jiwanya.
Mintalah pada Allah, agar dia kembali seperti dulu.
Seperti yang kamu mahu.
Mintalah.
Kerana telah Allah janjikan,
Dia memberi pada yang meminta.



No comments:

Post a Comment