Saturday, March 31, 2012

Ujian Allah


Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang,

kita diberi cubaan dengan kehilangan.

Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan,

kita terduduk berlinang airmata saat impian kecundang…

Ya.. Kita kan hamba padaNya yang Esa, kita juga hadapi ujian yang sama seperti ini.

Sesungguhnya yakinlah DIA pemberi segala, kerana segalanya kepunyaanNya.

Saat ditariknya nikmat yang ada,

DIA sedang mengaturkan untukmu sesuatu yang lebih berharga.

Jangan bersedih, dunia ini tidak selayaknya ditangisi.


p/s : Ketika Allah rindu pada hambaNya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Tabahlah wahai hati. :)



Wednesday, March 28, 2012

Kawan kapal selamanya


Seorang sahabat yang mendoakan kebaikan untuk sahabatnya
Tanpa diketahui oleh sahabatnya itu
Maka para malaikat akan mendoakan kebaikan untuknya
Sebagaimana dia memohon kebaikan untuk sahabatnya.


p/s : sometimes you feel that you really need the prays from them,
but actually you really need to pray for them





Oh tidak !



Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,
Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan
perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian.




Hati perempuan



Air mata seorang perempuan mungkin boleh mencairkan hati seorang lelaki
Tapi air mata seorang lelaki
belum tentu dapat mencairkan hati perempuan yang telah disakiti




Biarlah DIA yang menjaga hati ini,
sehingga tiba satu saat DIA juga yang menghalalkan hati ini
untuk berkongsi cinta dengan dia yang dipilih-NYA,
insyaAllah.





Tuesday, March 27, 2012

hey hey !


Attention !
We are beautiful lawyers okayy.
:)



Bingkisan hati.


Hal manis itu ketika dua orang saling merindui, namun tidak berkomunikasi.
Tetapi keduanya saling mendoakan di dalam sujudnya masing-masing.


Jauh di hati, dekat dalam doa.
:)



Kerdilnya kita !



Perbezaan ‘SEDIKIT’ kita dengan Rasulullah SAW

Rasulullah sedikit tidur

kita sikit-sikit tidur

Rasulullah sedikit makan

kita sikit-sikit makan

Rasulullah sedikit marah

kita sikit-sikit marah

Rasulullah sedikit bergurau

kita sikit-sikit bergurau

Rasulullah sikit-sikit beramal

kita sedikit beramal

Rasulullah sikit-sikit berkorban untuk islam

kita sedikit pengorbanan



bila kita nak berusaha untuk kejar perbezaan yang “HANYA SEDIKIT ITU”?





Saturday, March 24, 2012

Lampu, bulan dan bintang.


I miss my bedroom soooo badly.
Good night people.
Good night world.




Give and take, people !




Jangan kau sangka kawanmu yang sering menegurmu itu adalah orang yang paling bertaqwa.
Jangan kau fikir kawanmu yang sering menasihatimu itu adalah manusia yang tak diuji.
Jangan kau ingat kawanmu yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna.
Hakikatnya,
Dia menegurmu untuk mengingatkan dirinya jua.

Dia menasihatimu untuk dirinya turut berjaga-jaga.
Dan dia bertegas dalam hal-hal agama kerana risaukan bahang api neraka.
Kawanmu itu bukanlah MALAIKAT.
Dia juga MANUSIA.

Bersangka baiklah,
dia sebenarnya mahu memimpinmu masuk ke syurga bersama-sama.




Saat itu.





Hari ini mungkin orang tuamu masih bersuara menegur khilafmu. Mungkin esok mereka diam. Diam yang tak mungkin mampu bersuara lagi.



Doa yang mampu dititipkan kepada orang tua saya yang banyak berjasa
Usai solat di tikar sejadah
Hanya tapak tangan kecil ditadah
Mendoakan kesejahteraan
Mendoakan kesihatan yang baik
Mendoakan kesenangan hidup dunia dan akhirat
Mendoakan supaya dosa mereka diampunkan
Mendoakam segala-galanya untuk dua insan yang tak ternilai bagi saya
Wajah mereka sentiasa di depan mata
Walau berada jauh di kampung halaman.


....



Diri diuji


Teman,

Saya sangat sedih
Sudah lama saya diuji
Entah bila ujian ini akan berakhir

Sahabatku
Ujian itu tanda Allah ingat kita
Tak seronok lah kalau hidup asyik nak senang je
Kata kuncinya, SABAR
Ia semuanya akan selesai

Berat sekali ujian ini, Teman
Lemahnya diri ini, kadang-kadang saya rasa tidak mampu untuk hadapinya
Apatah lagi nak selesaikannya
Sepertinya mustahil untuk semua ini berakhir dengan baik

Sahabatku,
bagi kita ya. sangat mustahil
Tapi apatah sangat bagi Dia
Sebab itu kita kena banyak berdoa
Mohon pada Dia
Moga kamu lebih tenang


P/s : Teman yang baik itu akan sentiasa mengingatkan bila kita terlupa. Beruntung lah jika kamu memperolehinya. Terima kasih teman. Terima kasih Allah.







Thursday, March 22, 2012

I am right now. :'(


I believe Allah has a bigger plan for me than I had for myself.
Ya Allah, give me a super strength to be a strong woman.
:'(



Tinta Jumaat


Pernah jatuh cinta.

jatuh hati.

dan cuba mendekat.

suatu petang, datang seorang budak membawa sekeping nota.

berdebar.

dan bila nota tu dibuka, memang terkejut.

ada tertulis ;

“Maaf, memang awak dah berjaya curi hati saya.

Tapi maaf sekali lagi,

yang awak curi cuma hati saya,

sedang isinya iaitu cinta,

telah lama saya serahkan kepada Tuhan.”


kecewa?

ya, semestinya.

tapi itu telah menyedarkan sesuatu.

ada cinta yang lebih kuat dari cinta sesama manusia :)

Align Lefthati yang terluah.

yes it is pain, but yet a really sweet heartbreaking moment too. -__-



Tuesday, March 13, 2012

Awak, kita ini bercinta kah?


Awak,
Kita tidak berpegangan tangan seperti mereka,
melafaz kata cinta berbalas-balasan,
bahkan sering ada jarak antara kita,
dan wujud pelbagai batasan,

Kita ini bercintakah?

Awak,
Kita ini tidak sering berhubungan,
tiada bicara manis,
dan masing-masing sibuk dengan diri untuk dipersiapkan.

Kita ini bercintakah?

.....................................................................................................

Ya,
Kita ini bercinta,
cuma bukan dengan definisi mereka.
Tetapi dengan definisiNya.

Belum waktunya untuk melangkaui batas yang ada,
sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita.
Manis hubungan bukan pada pegangan tangan,
juga bukan pada bicara kata,
tetapi dengan hubungan kita terhadap Tuhan,
dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari neraka.

Nanti bila bersama,
kita bukanlah keluarga biasa,
bahkan pasangan yang siap untuk menembus syurgaNya.

Awak,
bukankah itu cinta?



Saturday, March 10, 2012

Becinta


Kalau bercinta, jangan berkepit macam belangkas, hantar surat berbelas-belas, SMS berbalas-balas, masa dating sebelah tandas, berpeluk-peluk dalam bas, asyik menjeling dalam kelas, minum air perghh kongsi segelas

Bila ada konflik , haa mula la nak frust, nak tunai solat pun malas, tak dapat tumpu study dalam kelas, waktu result nak keluar tahu pulak cemas, takut exam tak pass, tup tup awek sendiri kena kebas, kesian.. melepas.

So, jadilah couple yang ada class, berdating ikut lunas, bergaul ada batas, jaga maruah dengan tegas, syariah dijaga dengan jelas, tutur kata sentiasa beralas, kalaulah cinta yang dihulur ikhlas, janganlah bimbang, cintamu pasti berbalas ♥



Hilang kudrat


Sebelum saat ini
Hati selalu berkata

"Aku hanya seorang perempuan yang punyai hati remuk
Aku yang menunggu cinta yang tersisip di sayap jibril datang menemaniku
Aku seorang perempuan yang malamnya dihiasi air mata".

Hati bermonolog.
Dan terus bermonolog.
seakan-akan pasrah dengan apa yang terjadi
Berputus asa separuh mati
Namun, separuh hati lagi meyakini saya
Untuk terus berdiri teguh

I used to cry
But now I am smiling
Memang benar,
Perancangan Allah itu lah yang terbaik
Ada kalanya kita perlu menangis
agar kita tahu yang hidup ini bukan hanya untuk ketawa
tapi kita juga perlu ketawa supaya kita tahu mahalnya air mata.
;')





(!)


“Hati manusia sangat fleksibel, tersentuh, mudah bimbang tatkala takdir tidak sebulu dengan fitrah, tatkala diserang malapetaka di luar dugaan resah bukan kepalang, akal separa waras.”





Friday, March 9, 2012

Tears dropped.

Sedihnya, nak mengadu kat blog ni je.
Saat tulis blog ni pun dah air mata berguguran.
Ni pun sorok-sorok takut roomates nampak.


Memang tak tahan rindu kat mak dan ayah.
Hati sebak. kepala asyik memikirkan tentang mereka.
Terbayang wajah suci mereka
Rindu nak cium tangan mereka yang semakin dimamah usia
Rindu nak berada dalam dakapan mereka
Rindu nak rasa urutan tangan mak bila mana saya sakit perut.
Rindu nak makan bersama-sama satu meja
Rindu nak luangkan masa bersiar-siar
Call mak, nak berlakon macam biasa, tak mahu pamerkan kesedihan ni tapi tetap menangis.
Cakap dengan ayah sekejap.
Suara berubah tiba-tiba.
Awesome lah ayah ni. Boleh detect getaran suara anaknya yang pilu.
He calms me.
Ternyata saya memang rindu sangat pada mereka.


Hati nak balik je, macam budak baru masuk universiti kan?
Padahal dah semester enam.
Another one sem lagi kena berjihad serta berjuang di sini
Dah empat tahun belajar kat sini
Ya Allah. Berilah ketenangan untuk hambaMu ini


Hasrat untuk balik jumpa mereka bila weekend terkubur.
Just because 1 hour tutorial on saturday.
Serius tak puas hati.
Harus redha demi menuntut ilmu.
Menunggu cuti pertengahan semester dengan penuh kesabaran.
Tabah menghitung detik dan waktu.
Berkorban jerih dan perih demi membalas jasa mereka.


p/s : Tak pernah rasa sehomesick macam ni. Hati tisu kah saya? T_T




Walau siapa pun kita
Walau sehebat mana pun kita
Walau setinggi mana pun kita belajar
Tetapi tiada doa dan restu dari mereka
Maka tiada lah keberkatan dalam hidup



Monday, March 5, 2012

Tafsir hati - Saya, dia dan awak.



Kadang-kadang kita tidak pernah sedar.
Kita tidak pernah tahu bahawa ada orang yang sentiasa ambil tahu pasal kita.

dia intai kita dalam senyap.
dia bukak wall fb kita setiap hari untuk tengok post terbaru walaupun kita bukan jenis yang rajin post.
dia tengok semua gambar kita dalam album
dia tengok semua tanpa tinggalkan sebarang kesan dan jejak.
dia baca setiap post dalam fb kita hanya sekadar membaca tanpa sebarang reaksi.
dia view blog kita untuk tahu apa hati kita sedang berkata
dia dengar setiap masalah kita walaupun masalah itu tentang kita dan kekasih kita.
*opss, kekasih?*
dia siap cadangkan lagi jalan penyelesaian yang membina, walaupun kadang-kadang hatinya terluka.
dia ambik berat dan ambil tahu tentang kita.

sampai suatu hari dia tidak ada bersama kita
dia menyepi seketika dan kita merasa ketiadaannya kita sunyi tanpa dia
kita rasa ada yang kurang dalam hidup tanpa gelak ketawa bersamanya
itulah sebenarnya yang bernama CINTA
kadangkala sukar membezakan antara sayang dan cinta
antara KASIH dan SAHABAT
antara KEMAHUAN dan KEPERLUAN
kerana kita tidak pernah sedar apa yang melintas di ruang masa.






Persahabatan 3 orang

Hai sayang si pembaca bloggy,

Kali ni saya nak bukak cerita tentang kisah persahabatan. Pernah tak korang rasa dalam persahabatan you all, awak dapat rasakan diri awak macam berada di situasi tengah-tengah. Faham tak? Ok tak jelas lagi nih. Korang pernah tak rasa perasaan tersisih apabila korang bersama dengan dua orang yang memang kawan baik sedangkan mereka juga kawan korang ?

Orang dulu-dulu pon, selalu cakap yang tak baik berkawan or bergambar dengan kawan yang nombor ganjil, contoh :- berkawan 3 orang, 5 orang atau seangkatan dengannya.

p/s : should i believe it?

Macam pengalaman saya sendiri, memang since zaman sekolah rendah lagi, saya berkawan dengan seorang kawan saya ni. Memang baik. Tersangatlah akrab. Pergi sekolah sama-sama, balik sekolah sama-sama, pergi kelas tuisyen sama-sama dan setiap hari keluar main tepat pukul 5.30 petang sampailah ke waktu senja. Senang untuk saya berceritakan, apa-apa situasi susah dan senang memang bersama. Datang satu masa yang tak saya jangka, muncul satu lagi watak. Seorang kawan yang memang sekepala dengan kami berdua. Jadi, kami berkawan tiga orang. Aku, Si A, dan Si B. Punyelah baik jangan ceritalah.

Yang saya nak highligtkan dalam cerita ni, apabila berada dalam persahabatan 3 orang, salah seorang MESTI dan WAJIB akan terasa "tersisih dan dipinggirkan". Bukan saya reka-reka cerita, tapi benda alah ni kenyataan dan saya pasti ramai yang pernah merasa dalam situasi ni. Kawan yang tersisih tu mungkin pada awal mula cool jeee, tapi lama kelamaan disebabkan terlalu pendamkan perasaan kecil hati, akhirnya yang tersisih tuh mengundurkan diri, lalu membiarkan kawan dia yang 2 orang tu. Yang 2 orang tuh mungkin berasa pelik dan hairan , dan timbullah berbagai-bagai persoalan antara mereka,

let say;
"kenapa dia punya perangai macam pelik, kenapa dia dah taknak kawan dengan kita lagi, kenapa dia macam menjauhkan diri dengan kita, kenapa dia macam nak elak daripada nak bercakap dengan kita, kenapa dan seterusnya kenapa".

Yes! Bukan daripada zaman sekolah rendah berada dalam situasi persahabatan 3 orang, tapi sekolah menengah pon ada. Dua orang dalam persahabatan tu rapat, dua orang lagi pon rapat, tinggallah yang sorang tu. See? Ape perasaan yang lagi sorang tu? Mesti sedih dan rasa macam tak perlu je dia ada dalam geng tu.

Masa terus berubah. Masuklah ke zaman Universiti pula. Time Universiti macam-macam ragam kawan kita boleh tengok. Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Dekat situ, korang boleh tengok siapa yang berada di sisi korang di mana waktu susah dan waktu senang. Sekali lagi terjerumus dalam persahabatan 3 segi ni. Tapi, daripada situ dapat belajar macam mana nak ignorekan dan menjadi hati yang kering. Bila berada di tempat baru, lagi banyaklah saya jumpa perangai yang pelik-pelik. Berkawan dengan yang tu dan berkawan dengan yang ni. Bila yang sorang ni minta tolong apa jenis hal, mulalah yang sorang ni banyak memberi alasan dan mengeluh. Tapi, bila yang sorang lagi meminta tolong, senang je nak hulurkan bantuan. Dapat lihat sifat pilih kasih di situ?

Wah. Sedih kan? Kadang-kadang, dalam seharian tu, nak tegur jangan harap lah. Tanya sepatah, jawab sepatah. Tanya sepuluh patah, jawab sepatah. Tak ke remuk hati ni? Oh sahabat. Saya penat tercari-cari apa kesalahan yang saya lakukan. Apa keterlanjuran kata yang saya luahkan sama ada saya sedari atau pun tidak. Saya sama seperti manusia lain. Pasti ada kekhilafan dari diri yang kerdil ini. Terasa seperti diri ini diejek-ejek apabila ramah mesra dengan kawan yang lain seperti menunjuk-nunjuk kepada saya. Petahnya dia bercakap dan bersembang dengan kawan yang lain. Bear in your mind ye, sahabat. Tidak pernah untuk menimbulkan kehasadan dan kedengkian disebalik apa yang awak lakukan. Tapi, nak berkawan tu tolong la jangan nak pilih-pilih orang. Hati dan perasaan manusia sememangnya kena jaga.

p/s : Actually, penat bercerita tentang persahabatan. Ada gula, ada juga asamnya. Banyak yang terpendam. tapi sukar untuk luahkan.





Saturday, March 3, 2012

Benar !



  • Question : Ustaz, kenapa ya hati perempuan ni kadang kadang tiba tiba je rasa sedih tanpa sebab. Ada orang kata syaitan yang ganggu. Ada petua tak untuk elakkan hati kita ni sedih? kadang kadang bila bangun pagi rasa sedih, kadang kadang rasa macam rindu. Tapi taktau rindu pada siapa.
  • Answer from Ustaz Azhar Idrus: Perkara biasa. hati perempuan memang halus. Hanya lelaki sejati yang hanya mampu menjadi penawar.

p/s : Luaran masih mampu memberikan senyuman tapi hati yang paling dalam ini, menangis. Ohh. sakit sekali. I wish I knew how to make this feeling stop. -_-








I wish i were there.


“Yakini kuasa doa di Baitullah. Walau jauh beribu batu”

Berdoa semoga dapat mengunjungi Kota Makkah suatu hari nanti. InsyaAllah ! Ameen.

Walaupun doa itu dilafazkan jauh beribu batu, namun yakinilah bahawasanya Allah tidak menghampakan doa tulus hamba-Nya, apatah lagi jika ingin ke Baitullah :)


Oh Allah, please let what I am working on succeed. So that, Insya Allah I will be able to visit Makkah one day. Ameen.

p/s : Lagi indah kalau diberikan peluang berkunjung pada usia muda macam sekarang ni :)



Kekasih halal


Bohong kalau saya cakap saya tak rindu,
Bohong kalau saya cakap saya tak suka,
Bohong kalau saya cakap saya tak tunggu,
tapi siapa saya nak rindu , suka dan ada semua perasaan tu,
semua tuk milik Dia,
jadi buat masa sekarang saya simpan jela,
Biar Dia je mengerti..


p/s : Nanti bila Dia hadirkan rasa itu kat awak pulak, masa tu baru la saya senyum tak berhenti . hihi :p




Friday, March 2, 2012

Elmo bercakap.


“Tuhan menciptakan jarak dan waktu, agar kita tahu bagaimana rasanya rindu.”
I miss my old times. I miss my friends badly :(



Saya yang sensitif.



Setiap orang

Akan ada sesuatu yang dia simpan.Align Center

Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.

Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.

Siapa pun dia,

Segembira mana pun dia.

Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum

Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka.

Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya,

Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis.

Pasti ada,

Kerana dia juga manusia.

Makanya,

Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa,

Hanya kamu yang melalui,

Dan hanya kamu yang mengerti,

Kamu silap, dan kamu salah.

Ada orang lain yang pernah melaluinya,

Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan.

Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui.

Ada.

Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu,

Kamu yang tak pernah nampak.

Jangan selalu menganggap,

Bahawa kamulah yang paling susah,

paling sakit diuji,

Paling berat diduga.

Ada.

Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.

Sudahlah, kesat air matamu,

Walau serumit mana situasi kamu.

Pujuk hatimu.

Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada

Bila kamu menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan

sekali-sekali mempersia harapan kamu.

Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,

DIA tak akan sekali-sekali mengkhinati kepercayaan kamu.

p/s : Kadang-kadang apabila kita perasan ramai orang di sekeliling kita, tapi berapa ramai kah yang perasan diri kita derita?


...
Teringat pulak kat one of my seniors
Kak biey
Semoga gembira menjalani latihan industri
Baik-baik sayang.
:)








Thursday, March 1, 2012

Di sisi saya


Status di facebook malam tadi:

"Sad. but keep saying I'm okayyy. -_-"

Jam hampir menunjukkan jarum pendeknya pukul 11.30 malam, tiba-tiba button my BB menyala menandakan ada sesorang text me a msg. Dalam hati, dah agak dah. Pasti dia. Dia, sahabat yang selalu berada di samping saya. Selalu concern pasal saya.

"Orang kata, kalau nak hilang sedih, awak kena nangis sambil menyanyi. Cuba lah buat. Nyanyi lagu carta hati-najwa latiff yang awak minat sangat-sangat tu. Takyah la nangis lagi. Bengkak mata nanti".

Mata hampir terlelap. Penat menangis. Penat menyeka air mata yang rancak keluar dan membasahi bantal tidur saya. Penat juga menahan supaya kawan di sebelah katil saya (Ella dan Ateen) tidak mendengar esakan tangis saya. Malu kalau diorang dengar. Sekali lagi vibration of my BB. Ohh Arep give me a calling laa! Tanpa teragak-agak terus tekan butang answer. Terharu sangat-sangat. Dia memahami keadaan saya, dia datang menceriakan saya.


You've always been able to bring a smile to my face and make me laugh, Arep.

Ahaks. Saya baru nak touching, Nak mengadu kat awak. Terus tak jadi. Asyik buat lawak aje awak ni. Thanks sebab sudi reply my texts, my phone calls, sudi dengar saya meluah. Thank you for always being there for me. Awak memang sahabat dunia akhirat. A big bunch of thanks, Arep. Hanya di blog bersawang inilah yang mampu saya luahkan.

p/s : Nanti ada rezeki kita jumpa. Saya akan buatkan makaroni bakar yang awak nak tu okayy. :)



Ekspresi hati



saya tidak mahu memiliki lelaki yang menangis syahdu

kerana terlalu cintanya kepada diri ini

tetapi,

saya mahu memiliki lelaki

yang menangis kerana takut akan tanggungjawabnya

yang akan membawa saya mendekati Allah.

:)


mengapa rasa sayang itu susah dibuang?

mungkin kerana rasa sayang itu bukan terbina sehari dua.

mungkin kerana rasa sayang itu bukan sekelumit, bukan sebesar kuman.

mungkin kerana rasa sayang itu sudah terlalu melebih.

melebihi apa?

melebihi keredhaan pada ketentuan-NYA.

melebihi kepercayaan pada kehendak-NYA.