Monday, May 30, 2011

stronger


hantaran perkahwinan sudah lama siap digubah. tadi sesi mengemaskini n last touch-up je. gambar-gambar yang selebihnya nanti saya akan upload kemudian ye. wow ! dark brown marvellous. adore dis colour. feveret. uhuu

post untuk hari ni je sebenarnya.
"if it wasn't for the pain i felt yesterday, i would not be the person i am today."

p/s : hari ni belajar menyiang ikan ngan mak. fuhh ! berpeluh-peluh. oh plis, nanti hidup berumahtangga nak beli ikan yang sudah siap disiang. can i have your favour, pakcik-pakcik jual ikan sekalian? hihi


Wednesday, May 25, 2011

kuat


hey kita perempuan kena kuat. jangan senang sangat nangis. jangan needy, clingy sangat tau. kalau boyfriend ignore tak semestinya dia tak sayang tau. dia sayang, tapi dia nak jugak masa untuk diri sendiri. ye memang majoriti perempuan nak attention 24 jam, tapi secara logiknya memang agak mustahil. masing masing patut ada life masing masing. patut bagi space. macam tu ye finaz? nahh dammit finaz. cakap tak serupa bikin la awak, finaz.

merapu kah saya? ya, memang ya.

p/s : selamat malam penduduk bumi. :p


perempuan


"Kita orang perempuan ni lebih baik berkahwin dengan lelaki yang betul-betul sayangkan kita, bukan dengan lelaki yang kita sayang terlebih-lebih tapi cinta nya pada kita tak seberapa"


Mak Nora Elena ,
Drama "Nora Elena"
Slot Akasia TV3.


terjaga di awal pagi

saat sedang nyenyak tidur, kita terjaga dengan tiba-tiba. bila mata terbuka, persekitaran diamati. Belum subuh lagi ni, kata hati. kemudian, tangan pantas mencapai handphone,
"Cehh, baru pukul 3 pagi."


dalam situasi ini, apa yang anda akan lakukan? di sini ada beberapa pilihan. tanya iman anda dan buatlah pilihan yang bijak.

Pilihan 1
menarik selimut semula sambil mengomel, "apasal la aku bangun awal sangat." terzahir sebuah kekesalan. kesal bangun awal? nauzubillah.

Pilihan 2
"Oh, baru pukul 3 pagi. waktu macam ni doa makbul. ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. jadikanlah aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat." kemudian sambung kembali 'ibadah senyap' iaitu tidur.

Pilihan 3
sebaik sahaja terjaga, segera bangun untuk solat tahajud. sembahlah Allah saat mata-mata lain terpejam rapat, rukuklah saat hati kita masih tenang, sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia dan berdoalah saat doa didengari Allah.


terjaga di awal pagi merupakan satu rahmat yang merupakan kurniaan Allah. siapa tahu saat Allah takdirkan kita terjaga, sebenarnya Allah menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam tersebut. itulah caranya mengucapkan terima kasih kerana terjaga saat sedang tidur, bukan mengomel penuh kekesalan.


di harap, kita sentiasa istiqamah dengan pilihan 3 termasuk peringatan buat saya sendiri. abdikan diri kepadaNya memang tidak rugi bahkan bekalan untuk kita di muka pengadilan kelak.

24 may 1954 hari emak saya dilahirkan.




Selamat menyambut hari lahir yang ke-57 mak. 57 tahun yang tiada tandingan. Detik masa berlalu dengan pantas, saya tak sedar betapa sudah meningkat umur mak. saya sayangkan mak, tiada tolong bandingannya kasih sayang mak pada kami. terima kasih atas kasih sayang yang mak curahkan pada kami. terima kasih atas segala pengorbanan yang mak telah lakukan untuk kami. terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan kami. terima kasih mak. terima kasih untuk segala-galanya. tiada kata-kata lain yang dapat saya ungkapkan selain terima kasih dan rasa syukur kepadaMu ya Allah kerana menanugerahi saya seorang ibu yang tidak boleh diganti dengan nyawa orang lain. semoga mak sentiasa dibawah lindungan dan keredhaan Ilahi. sayang mak sangat-sangat.

p/s : tunggu 2 orang abang yang sedang merantau untuk celebrate hari lahir mak bersama-sama.

mode : touching giler-giler sampai lost idea nak taip ape. oh plis, baju memang basah kuyup siap boleh perah dan sidai balik. T_T

si comel wafiq nu'man












these are the cutest child in diz world. nama diberi wafiq nu'man bin mohd fardrey. si kecil ini adalah sepupu kepada diri ini. serius, die memang cerdik giler. bulan 11 ni genaplah die 3tahun. mulut petah bercakap n sudah mula mengingati everything around him. yang paling membanggakan sudah pandai mengaji al-Quran dan ingat semua zikir-zikir. thumbs up, wafiq. im such his guardian or babysitter lah kot yang paling tepat right after pulang cuti semester panjang dan meringkuk di rumah. telatahnya memang selalu buat tak kering gusi dan adakalanya ketawa sorang diri bila teringat kembali. serius kelakar. rutin hariannya bukak laptop sendiri untuk tengok cerita Alvin & the chipmunks dan upin & ipin serta bermain bersama kawan-kawannya seperti gambar di atas. hobinya adalah menyanyi segala bagai lagu yang dia hafal termasuk english song. waahh. hebat kan die. kecik-kecik sudah genius.

p/s : sayang wafiq macam adik sendiri.





Sunday, May 22, 2011

sorry mister !


48 missed calls n 8 messages u gave to me.
sangat-sangat sorry.
gastric pain n rushly go to clinic at 1.30a.m.
missed to bring da handphone.
:'(
million sorry for making u worried too much.


Saturday, May 21, 2011

ferris wheel.


saya selalu berangan nak naik ferris wheel ni walaupun kenyataannya saya takut tinggi. dalam terma lain saya gayat. sekarang mimpi sajalah nak naik benda ni sebab sampai bila-bila pun tak akan naik.


tapi sebenarnya saya nak naik.
tunggu honeymoon sahajalah. whooooppss.

oh no !




nikon d7000 ke, sony ericsson vivaz ke, blackberry torch ke,
itu hanya lah impian.
hasrat. keinginan.

realising :
we always don't get what we want.
:(

sangat terkilan.
sony ericsson c902 sudah tamat riwayat setelah berenang dalam air di air terjun sungai tekala, semenyih. sobsob





Friday, May 20, 2011

tahu tak perangai-perangai ni sangat annoying. tahu tak?


tak faham kan orang yang tak de common sense ni.
buat salah tak cakap sorry.
dah tau buat salah, pastu buat something yang menge'worse'kan keadaan.
sedang berlagak tapi tak perasan sedang berlagak.
huii serius. serius. tak faham.
okeii fikir baik ah, maybe Allah dah lahirkan dia lambat pikap camtu kot..maybe..
born this way. tu kata gaga lah.
ermm. entahlah. penat fikir pasal orang.


'tak gemar' kalau selalu sangat, boleh evolve jadi meluat tau.
so plis la jangan buat saya meluat dengan korang, plisss lah.
i know im not perfect either. saja nak share bendabenda cemni.
shewing is kewing kan.. :">
sometimes orang tak sedar dia buat something annoying, so apa salahnye ingat mengingatkan kan? :D
kalau nak tegur saya pon tegur la, saya cuba menerima dengan hati yang tak panas.
hati ni bukannya tak boleh telorate. tak boleh consider.
ahaks
bye

p/s : counting da days for my bro's wedding ceremony on 5th june. u r cordially invited yaa. baju and scarf untuk dayang-dayang sumer dah setel. tinggal persiapan rumah je. :p


nekad

Memandangkan sedang menjadi penganggur sepenuh masa dekat rumah , saya rasa better saya update blog dengan sesuatu yang berfaedah instead of saya membebel pasal saya je. eh ni pun saya cakap pasal saya jugak ni. Ah tak kisah la .


12 things to do before i get married.
  1. Sebelum kahwin nak berjasa dekat family dulu. seriously , this is the first thing , the most priority thing yang WAJIB buat. bantu apa yang patut so that lepas kahwin rasa lega.
  2. Yang ni dah lama nak buat. sebab kesuntukkan masa dengan studies. nak belajar menjahit baju. so kena masuk kelas jahitan. nak rasa jahit baju sendiri , baju Melayu husband. Bila husband pakai hasil kerja tangan kita , rasa macam , aaa terharunya :) *over nya aku.* nanti boleh dapat wang sampingan if saya ambil upah menjahit. ni kira rancangan masa panjang. saya boleh bukak butik. *tapi, yang masalahnya, minat untuk menjahit tu takde sebenarnya. takpe, harus dipupuk.*
  3. Nak pandai masak. semua jenis masakan . kuih ke lauk ke. western pun kalau boleh nak pandai jugak. sebab bakal suami pesan, kena pandai masak before kahwin . bakal suami taknak makan kat luar. *ops,siapa si bakal?* :P
  4. Mak pesan awal-awal lagi. bila dah kerja, organize money very well. sebelum kahwin kena ada sebuah rumah complete dengan appliances dan sebuah kereta . tak kisah la kalau si bakal dah ada. kita pun kena ada . we don't know what future might bring. kan ? :)
  5. Akaun simpanan kena selalu update. means? every months kena bank in. . *Eh ni lepas kahwin pun kena ! kalo untuk shopping, mintak-mintak bakal husband bermurah hati nak bayar. always. kan best. hahaha*
  6. Nak kahwin kena guna duit sendiri . taknak susah kan parents. sebab kita tahu, bila guna duit sendiri rasa lain. rasa wow! bajet nak kahwin jangan over. memang la orang kata sekali seumur hidup. tapi jangan sampai nanti makan telur goreng je lepas kahwin. tak mahu macam tu. si bakal husband, take note yaa. hihi
  7. Patutnya ini kat atas sekali. nak hantar mak ayah pergi Makkah. kalau tak mampu nak support tunai haji, umrah pun takpe. kalo boleh, nak pegi sama-sama ngan mak ayah. :)
  8. Dulu berangan sorang-sorang, nak pergi kuruskan badan dekat Slimworld before kahwin . harharhar. *'bak kata member yang sangat jujur, nanti ko jadi anaeroxia kalo g slimworld lagi. ko tu dah kurus'*
  9. Rasa nak ada kamera NIKON or CANON. takpun MACBOOK. taknak IPAD. kalau buat hantaran kahwin pun boleh kan husband ? lol *nanti kena reject dengan si husband padan muka kau, finaz*
  10. Nak buat bisnes sampingan. kalau saya jenis suka fashion, seperti shawls, skirts, vintage things, rasa nya itulah fokus bisnes saya nanti. by the way mak suka memasak kan, ingat nak dapat kan sebiji rumah kedai untuk mak ayah buat restoran. biarkan beliau majukan ayam percik resepi beliau tu :) *ni lepas kahwin pun takpe*
  11. Nak pergi holiday dengan kawan-kawan. macam girls vacation. ONLY. on our own. Enjoy !
  12. Nak ada master before kahwin. itupun kalau result degree bagus :) Pernah bagitau si bakal kate nak sambung master. so sabar je la ye. :p
Harapan supaya menjadi kenyataan. tapi dengan usaha. kalau cakap kosong mana nak jadi kan :) kalau dikurniakan umur yang panjang. let's pray for da best and Allah will do da rest.




friends, who're always there.


sesi angau


selalu berangan dapat jumpa dia bila-bila masa
selalu mintak, sebelum tidur, moga mimpikan dia malam ni.
selalu tunggu, bila dia nak text and call
selalu harap dapat jumpa dia macam dulu
selalu doa, "akulah jodohnya. ameen" (hahahaha)
selalu fikir, kenapa perlu fikirkan dan risaukan dia
selalu rasa hati cair bila nampak senyuman dia
selalu dia datang bila teringat dia gila-gila

p/s : berdrama dan melayan angau berlebihan seketika.





8 things i hate.


  1. gemok - rimas bila lemak banyak tak ingat dunia. last day timbang berat badan, increased 40kg to 43kg. ohmy ! pastu, mulalah mimpi nak diet dan jaga pemakanan yang tak penah menjadi-jadi.
  2. examination - tak suka bila minggu exam. pressure. stress. migrain. wow ! cukup pakej. kenapa entah perlu exam. grrr.
  3. perut lapar - bila lapar, mula lah kena gastrik. diri jadi kusut. perut menyanyi dan menari. yang tak tahannya, dengan jarak 2km boleh dengar perut berbunyi saya yang sangat unik ini. mula lah, tutup muka menahan malu. wuwuwu
  4. penyibuk - tak suka orang sibuk-sibuk pasal diri ini. pergi main jauh-jauh dan dok diam-diam boleh tak?
  5. makin hari makin tua - kalo tahun ni umur 21 tahun, means kena cari n jaga pasangan lah. makin tua, makin tak laku kang. hihi
  6. lelaki kasar terhadap perempuan - hey lelaki. macam bagus je nak kasar-kasar dengan perempuan kan? bencis. huh
  7. pokai - sedih bila takde duit dalam poket. sobsobsob
  8. window shopping - tak suka berwindow-window ni. suka habeskan duit je beli itu dan ini.

layan lagu ni.

Artist : Romance
Lirik Lagu : Romance - Kuingin Kamu

Romance - Kuingin Kamu

demi semua yang aku jalani bersamamu
kuingin kau jadi milikku
kuingin kau disampingku

tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
dan hanya dirimu yang bisa
membawa surga dalam hatiku

kuingin engkau menjadi milikku
aku akan mencintaimu
menjagamu selama hidupku
dan aku kan berjanji
hanya kaulah yang kusayangi
ku akan setia disini
menemani…

sentuhanmu
bagaikan tangan sang dewi cinta
yang berhiaskan bunga asmara
dan membuatku tak kuasa

di setiap arung gerak
tersimpan di hati kecilku
bahwa dirimu terindah untukku

selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernapas
selama Tuhan masih mengijinkan
kuingin selalu menjagamu

selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernafas


p/s : sumpah ! best giler lagu ni. sila layan dengan jiwang ye. ahaa. nak tahu lagu ni cemane, bukak youtube sendiri. pesanan ikhlas dari penaja, sekian terima kasih.



cerita semalam


and again, im writing with a good sense of sight. semalam fall asleep pukul 10pm then terjaga pukul 1a.m. dapat panggilan darinya dan nasib baik lah tidak bercakap dalam keadaan mamai yang boleh mengundang cakap merapu-rapik. OMG! terasa sudah lama dibuai mimpi tapi jam besar di dinding rumah baru pukul 1a.m. hurmm, felt exhausted n so tired full of da day. menemaninya di kbmall dari pukul 1p.m since we met sampai pukul 6.3op.m. tapi, gembira sungguh hati ini.


sedar tak sedar, sudah pukul 5a.m. masih lagi rancak berborak dan bercerita-ceriti dengannya. my eyes still look very fresh. dan saya fikir, tomorrow will be another weekend which i cant figure out anything. so, ape lagi. fill up the time! pada mulanya, berhubung melalui online thingy. tapi disebabkan line streamyx kat rumah yang bajet baik sangat buat hal, so terpaksa batalkan hasrat yang indah itu. ecececeh. *_*

yes, betol orang cakap. semakin berjumpa dengan dia, semakin kita merindui dia. if we didn't meet him at all, tak pe la pulak kan. aiyyaa. sungguh tak paham perasaan ini. 5months tak jumpa. *5months je pon. bukan 5years macam couple lain yang separate dok kat oversea*
tetiba rasa nak buat pengakuan officially. hati ini sudah diubati dengan kehadiran dia. cehh. jangan bajet ye encik. setelah sekian lama hidup sebatang kara dengan hati yang lara. hidup perlukan perubahan. transformer ! hihi million thanks, mister for coming into my life. kisah pahit jerih perih yang silam sudah buang jauh-jauh. go far away. biarkan ia hanyut dan reput.

pernah sekali meluahkan, sudah serik untuk saya fikirkan benda yang berkaitan dengan cinta ini. mahu meneruskan perjuangan dalam kerjaya dan fokus untuk belajar sahaja. pada ketika itu, hati berkecamuk dan menangis. selesai sahaja pengajian dalam master, baru nak fikir atau mahu serahkan sahaja tentang jodoh pada keluarga untuk memilihnya. ahaks. iklim berubah. cuaca berubah dan hati berubah. walhal. itu adalah nekad sementara sahaja. -_-

dengan berpegang dengan kata-kata ini sebagai pendorong hati kami.

''hadirku untuk dia menjadi teman pemberi semangat dan peringatan, bukan untuk melalaikan. adanya diriku sebagai penghembus semangat jihad, bukan penggoyah iman. namun, andai dirasakan diriku ibarat embun, muncul kala dinihari, hilang kala terbitnya mentari, maka ingatlah.. aku masih disini. sentiasa berdoa moga hubungan terpelihara dalam setiap nafas kita. ameen Ya Rabb.''


i'm all about you.

Tuesday, May 17, 2011

2 bulan menyepi


hi guys! it's been a long time since i last wrote here kan. huhu. entah haritu takde mood, pastu tetibe blogspot takleh bukak sebab kalau pi website blogspot je, laptop crash. jadi camtu after tukar template guna template designer blogger. sebab tu lah kot. terus hilang mood. now mood dah datang balik. tambah-tambah exam was over. yuhuu. rase nak guling puas-puas sambil peluk si debab tuh. -_-

ermm, panjang pulak explanation. macam la ada orang nak ambik tahu kan. im home now. since 2days i'd been here. seronok. baru lah boleh nak update blog. sebab memang time dok umah je time betol-betol free. tapi, tak tahu lah kan kot-kot banyak meronggeng ke situ dan ke sini. sampaikan cik blog ni terabai. *ouchh. sangat kesian*


saya inginkan kebebasan. :)


hidup saya tak ubah macam kanak-kanak even dah melangkau masuk 21 tahun. cemane nak jadi matang nih. uhuu in progress !