Friday, May 20, 2011

nekad

Memandangkan sedang menjadi penganggur sepenuh masa dekat rumah , saya rasa better saya update blog dengan sesuatu yang berfaedah instead of saya membebel pasal saya je. eh ni pun saya cakap pasal saya jugak ni. Ah tak kisah la .


12 things to do before i get married.
  1. Sebelum kahwin nak berjasa dekat family dulu. seriously , this is the first thing , the most priority thing yang WAJIB buat. bantu apa yang patut so that lepas kahwin rasa lega.
  2. Yang ni dah lama nak buat. sebab kesuntukkan masa dengan studies. nak belajar menjahit baju. so kena masuk kelas jahitan. nak rasa jahit baju sendiri , baju Melayu husband. Bila husband pakai hasil kerja tangan kita , rasa macam , aaa terharunya :) *over nya aku.* nanti boleh dapat wang sampingan if saya ambil upah menjahit. ni kira rancangan masa panjang. saya boleh bukak butik. *tapi, yang masalahnya, minat untuk menjahit tu takde sebenarnya. takpe, harus dipupuk.*
  3. Nak pandai masak. semua jenis masakan . kuih ke lauk ke. western pun kalau boleh nak pandai jugak. sebab bakal suami pesan, kena pandai masak before kahwin . bakal suami taknak makan kat luar. *ops,siapa si bakal?* :P
  4. Mak pesan awal-awal lagi. bila dah kerja, organize money very well. sebelum kahwin kena ada sebuah rumah complete dengan appliances dan sebuah kereta . tak kisah la kalau si bakal dah ada. kita pun kena ada . we don't know what future might bring. kan ? :)
  5. Akaun simpanan kena selalu update. means? every months kena bank in. . *Eh ni lepas kahwin pun kena ! kalo untuk shopping, mintak-mintak bakal husband bermurah hati nak bayar. always. kan best. hahaha*
  6. Nak kahwin kena guna duit sendiri . taknak susah kan parents. sebab kita tahu, bila guna duit sendiri rasa lain. rasa wow! bajet nak kahwin jangan over. memang la orang kata sekali seumur hidup. tapi jangan sampai nanti makan telur goreng je lepas kahwin. tak mahu macam tu. si bakal husband, take note yaa. hihi
  7. Patutnya ini kat atas sekali. nak hantar mak ayah pergi Makkah. kalau tak mampu nak support tunai haji, umrah pun takpe. kalo boleh, nak pegi sama-sama ngan mak ayah. :)
  8. Dulu berangan sorang-sorang, nak pergi kuruskan badan dekat Slimworld before kahwin . harharhar. *'bak kata member yang sangat jujur, nanti ko jadi anaeroxia kalo g slimworld lagi. ko tu dah kurus'*
  9. Rasa nak ada kamera NIKON or CANON. takpun MACBOOK. taknak IPAD. kalau buat hantaran kahwin pun boleh kan husband ? lol *nanti kena reject dengan si husband padan muka kau, finaz*
  10. Nak buat bisnes sampingan. kalau saya jenis suka fashion, seperti shawls, skirts, vintage things, rasa nya itulah fokus bisnes saya nanti. by the way mak suka memasak kan, ingat nak dapat kan sebiji rumah kedai untuk mak ayah buat restoran. biarkan beliau majukan ayam percik resepi beliau tu :) *ni lepas kahwin pun takpe*
  11. Nak pergi holiday dengan kawan-kawan. macam girls vacation. ONLY. on our own. Enjoy !
  12. Nak ada master before kahwin. itupun kalau result degree bagus :) Pernah bagitau si bakal kate nak sambung master. so sabar je la ye. :p
Harapan supaya menjadi kenyataan. tapi dengan usaha. kalau cakap kosong mana nak jadi kan :) kalau dikurniakan umur yang panjang. let's pray for da best and Allah will do da rest.




No comments:

Post a Comment