Thursday, August 4, 2011

sengal. :p

life is getting too hard. let be a cat. :p

p/s : bila kembali ke kampus selepas cuti panjang, saya lupa macam mana nak menulis.


cintamatahati



"if you truly love someone,
then the only thing you want for them is to be
happy..
even if it's not with you."


speechless thursday





.
|think on while you're dreaming.|
.


spontaneous thursday


"Dekat mulut kata benci,
tapi hati kata sayang"

hahaha annoying kan?
bukan selalu hati ondaspot macam ni.

p/s : sesiapa yang rasa menyampah, sila abaikan. sekian.


Wednesday, August 3, 2011

adore da polkadot cotton clothes


Alhamdulillah. tercapai hasrat dan terbeli sudah dan terjahit siap.
3 of us, adik-kakak-diri ini sangat sukakan everything yang bercorak polkadot.
nice and comel gitu kan.
sesuai dengan kami yang berjiwa remaja nih.
yes, baju raya ke-4 sudah setel.
kalo ikotkan mak, die dah tak kasi beli lagi.
she said, "3 pasang dah cukup. baju yang awak jahit dan beli sebelum raya ni pon ade lagi yang tak pakai"
baru perasan. betol jugak mak cakap macam tu.
yelah, ikot mata dan hati berkenan, main beli je.
fine mak. baju kurung ade spare banyak-banyak tak rugi.
boleh pakai dan guna lagi time keja nanti.
itu pun kalo badan tak kembung and maintain macam sekarang.
nak beli kain yang bercorak polkadot macam tu, bukan main la susah.
seantero bandar kota bharu sudah jelajahi.
namun, still tak jumpa. walhal, it's a new trend sekarang dan jadi kegilaan remaja.
dah macam kembara polkadot pulak.
at last, jumpe jugak. it was worthy for that day.
sepasang-rm60.
kalo sorang ambik, makanya 3 pasang jugak lah kena ambik.
3pasang-rm180.
alhamdulillah. standard and available price.
corak yang sama tapi berlainan warna.
tidak harus untuk warna dan corak yang sama.
nanti macam boria jalanan pulak.
haishh.
thanks Allah once again.
makcik tailor still ambik lagi tempahan menjahit baju polkadot kami
ahaha. beraya sakan nampak.
make sure puasa cukup ye.
*opss. boleh janji ke? hehe*

p/s : http://www.facebook.com/pages/Polka-dot-cotton-shop/203102596372671
juz do view on diz page.
nak booking kat sini je lah coming soon.
cun gilerr.
ahh. kemaruk sudah.



Tuesday, August 2, 2011

cinta USRP.

keceriaan dan kegirangan dicipta bersama.


tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan.
melompat lebih tinggi.


teguh. kukuh. utuh.
ikatan antara kami bagaikan simpulan tali yang erat.


gadis-partner-hangout
cap hijau. kasut purple kuning. :p


memori dan kisah hati tercipta.


semangat yang jitu.
ikhlas menabur keringat demi USRP.


yang sentiasa menemani diri ini.


oh camera. please be nice to me. im not a kerdil woman. :p


anggun. bergaya. top model. :p


nama pengasas ukhuwah antara kami adalah USRP
is stand for Unit Sukan dan Rekreasi Pelajar
Universiti Sains Islam Malaysia
kami berada di bawah bumbung yang sama
di bawah organisasi yang mantap
sentiasa memberi sokongan dan menggembleng tenaga dalam hal ehwal kesukanan pelajar USIM
semangat kami yang kental dan jitu
tidak pernah mengeluh dalam setiap aktiviti yang dianjurkan
tidak pernah mengenal erti penat dan lelah sewaktu menjadi ball-picker
tidak pernah gusar untuk menjadi lebih berani
tidak pernah takut untuk berdepan dengan orang ramai
semoga ukhwah antara kami terbina buat selamanya
saya sangat sayang organisasi ini. sungguh. T_T


Ketika semuanya pergi, tak ada lagi canda, tawa, sepi, sunyi dalam diri

Terasa semua hilang.

Tak ada semangat, terhanyut dalam kesunyian.

Kata ini mungkin menjadi penyejuk qalbu, penyemangat hidup, tatkala hati resah entah berbuat apa.


Kata ini bukanlah sekadar kata, tapi kata ini adalah sebuah janji, sebuah ikatan yang tak tersirat tapi sangat erat.

Kata ini adalah ”ukhuwah”.



berharap


mengharapkan Ramadhan kali ini penuh dengan makna


sayu.dingin.bila hari pertama sahur menjelma.
mak kejut bangun pukul 5 pagi.
makanan sudah siap tersedia di atas meja.
terkilan. tak dapat menolong mak menyediakan makanan.
mak memberi tugasan untuk mengejutkan abang-abang dan adik serta kakak.
ayah mengetuai bacaan doa makan serta ingatkan tentang niat puasa.
muka masing-masing seperti paksa rela untuk bangun sahur.
ayah ingatkan lagi. "sesiapa yang bangun sahur, dah dapat 1 pahala"
terasa nikmatnya bangun sahur di kala dinihari.
usai makan, kemas makanan di atas meja dan apa yang patut.
menunggu azan subuh.
ayah dan emak sudah bersedia ke masjid untuk solat subuh berjemaah.
hanya berada di atas tikar sejadah. bertadarus dan berzikir.
mencapai alma'thurat dan kitab suci.
melawan godaan syaitan supaya tidur berselimut.
muhasabah diri sejenak. terasa banyak bebanan dosa.
ingin kembali dekat kepadaNya.
bulan yang penuh dengan barakah ni tidak ruginya jika melatih diri untuk istiqamah.
sentiasa dekat kepadaNya.
hanya bukan di bulan Ramadhan sahaja.

berada di rumah.
hari ini masuk hari kedua berpuasa.
cuaca panas membuatkan diri cepat kehausan.
sabar, dugaan kecil diberi.
selalu memikirkan buruh-buruh yang membina bangunan.
serta pakcik-makcik petani yang tekun menanam padi di bawah panas terik matahari.
demi mencari sesuap nasi.
syukur ya Allah.
saya hanya bergoyang kaki. duduk dibawah kipas dan bumbung rumah.
melayan karenah si wafiq dan manja si najwan.
di waktu petang, sibuk menolong mak menyediakan juadah.
sama seperti hari ini dan seterusnya.
memanfaatkan sepenuhnya sebulan berpuasa di rumah.
sungguh teruja.
masa yang di nanti untuk melipat-gandakan amal dan berbakti untuk orang tua.
ayah selalu berpesan, sentiasa solat di awal waktu.
di sebelah malam, bersama-sama keluarga menyempurnakan tarawih di masjid.
insyaAllah. akan istiqamah sampai ke penghujung Ramadhan.
ingin mencari ketakwaan dan keredhaanNya.

p/s : rindu berpuasa bersama-sama sahabat di SMKA Naim Lilbanat.





Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Kareem.


Marhaban Ya Ramadhan.
Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita di ijabah.
Salam Ramadhan Kareem.

p/s : wishing you a blessed Ramadhan.





Friday, July 29, 2011

site saya.

bersama adik.


adik saya tanya pasal blog.
kawan-kawan saya kekadang tanya kat saya pasal blog
bunyinya macam ni:

mereka: "kenapa nonet buat blog?"

cinonet: "sebab suka"

mereka: "kenapa suka?"

cinonet: "sebab senang nak tulis macam-macam yang kadang-kadang tak terluah"

mereka: "ouh, nonet tulis apa je?"

cinonet: "anything and everything :)"


saya sebenarnya taklah pandai dalam hal-hal ni
tapi saya rasa seronok bila baca blog
saya suka blog hopping :)
mula-mula baca cousin saya punya.
last-last saya baca orang lain punya
bila dah mula baca saya rasa seronok
then kawan saya si nad ajak buat blog
tergeraklah nak buat blog
maka wujud la blog saya

saya rasa senang bila dapat luahkan perasaan dalam blog
saya bukan seorang yang senang nak meluahkan
mungkin sesuatu benda je boleh
tapi dalam ni saya rasa bebas :)
mungkinla blog saya tak sehebat mereka yang lain
yela saya sibuk cerita pasal diri saya sendiri
yang kadang kala buat orang benci
tapi saya tak kesah sebab ni SITE saya kan
just fine with me.

ni la sebab saya buat blog :)


Tuesday, July 26, 2011

wordless.


kenapa saya segan nak melompat? haha
hanya memandang mereka yang melompat.

p/s pertama : masih tersenyum dan tersengih sampai telinga bila teringat gelagat dan telatah some of my students semasa jadi cikgu ganti tadi

p/s kedua : adore da polkadot cotton clothes very much. seriously, nice giler. i guess, nak buat baju raya lagi. plis. for da fourth during raya celebration, mom !

p/s ketiga : single lagi best. percaya tak?

p/s keempat : selamat malam penduduk bumi. :)





Thursday, July 21, 2011

budak sombong



hey si sombong

kenapa sombong sangat?

taknak kawan eyh

jadi kenapa mulakan dulu?

tak sukaaaaa!

tak kesah la

mungkin busy dengan study kan

yes, study.


ouh sempat bermonolog sendiri

dah. dah.

the main point is kamu budak sombong

nanti da taknak jadi budak sombong

baru cari balik orang sini :)

cik panda, kamu memang comel lah.
saya suka mata kamu. haha
badan kamu macam cik debab saya.
tapi, kamu jangan jadik cam tuan cik debab saya tau.
die sangat sombong.
oh pliss.


drowning


rasa nak deactivate facebook.

SERIOUSLY
alasan utama
nak lari dari kenyataan
cakapla apa saja
itu yang saya rasa sekarang
sungguh!
nak off handphone sekali

saya nak pergi diamkan diri sebentar rasanya
apakah masalah akan selesai dengan cara ini? haih
feeling down, down, down.
:(


being pathetic is me



saya tahu
saya tak pernah jadi yang pertama dalam hati awak
fikiran awak
ataupun diri awak
saya selalu jadi yang terakhir
atau hanya bila awak teringatkan saya
atau bila mana awak rasa awak perlukan saya
saya rasa saya takde tempat kat hati awak sikit pun kan?
awak pernah sedar tak yang awak duduk dalam hati saya
duduk melekat tak boleh nak gerak mana-mana
awak yang selalu saya ingat
awak yang jadi pertama dalam diri saya
awak segalanya pada saya
kalau boleh saya ada permintaan
boleh tak awak jadi macam awak yang dulu?
yang layan saya macam saya segalanya
layan saya macam princess
yang saya rasa macam saya yang selalu dihati dan fikiran awak?

the truth is
i miss u like hell
i miss the old you
i hate the new u
i heart you forever :)

...

benci betol perasaan hari ni. seriusly.

ape pon, saya budak kuat.

yes. i am not a weak little girl which crying over a STUPID matter.

hebatkan :) feel like crying but am not. haha
good girl finaz.
thumbs up n credit to u !

okay syyhhh2 go away
positive thought finaz
come on finaz
positive

i am happy person
happy happy person
weeeee! :)


p/s : pujuk diri supaya tak menangis. okeii. done.
dan sengaja buat ayat di atas tu by using da smallest font.



sweet nya mereka kan? chup. chup.



Wednesday, July 20, 2011

buang sampah dalam tong sampah, dik !

ouh saya menyampah gila ni. sangat menyampah. sangat tak suka dengan manusia manusia yang tak tau sivik. i guess for some people its not a big deal. but for me. saya ada sikit tak suka. kita diajar buang sampah dalam tong sampah kan. and why ada segilintir manusia buang sampah kat tengah jalan? kalau sampah tu kertas ke saya tak kesah ni sampah satu plastik besar. dang!

okay saya bukan nak kata saya angel sangat sampai tak pernah buang sampah merata rata. NO! saya pernah buat secara jujurnya. tapi saya tak pernah pulak kan buang sampah sebesar besar alam dari kereta ketengah jalan. NO! saya tak pernah. then buat rasa tak bersalah. terus jalan. la la la. amboi. bayar extra kat Majlis Perbandaran Kota Bharu ke?

no wonder nowadays ada mata pelajaran sivik kat sekolah. haa ni semua nak ajar balik la ni kan. mana pergi sivik segelintir people ni. cuba anda bayangkan, if thousands of people do the same thing, tak ke susah bumi kita yang da tua ni. haiyohhhh! konon save earth tutup lampu bagai tapi kalau kesedaran takde dalam diri kita pun susah kan. saya bukanla sape sape nak marah and all that, tapi kita beringatla sama sama. kita nak guna bumi kita ni lama. not for us only, but for our generations too. kalau masih buang sampah merata rata, camne nak guna lama?

ni tadi dalam paper harini ada tulis "bersedia hadapi bencana dahsyat". cuakkan bila baca. dalam artikel tu kata Malaysia perhaps akan hadapi bencana yang lebih dahsyat daripada banjir besar, gegaran kecil and all that. ni disebabkan perubahan cuaca and all that. nampak da bumi kita semakin tua. haih. takut okay.

okeii la kat sini saya nak sama sama kita beringat yang kita kena jaga environment kita. kebersihan kita. tak boleh la buang sampah merata rata camtu je kan. banyak tong sampah disediakan. why not buang je dalam tong sampah tu. walaupun macam tak nampak usaha kita tu tapi kalau semua orang buat, kita dah bersihkan bumi kita. takde lagi sampah kat kaki lima, kat sungai, kat mana mana la. sejuk je mata memandang. kan? so joomm kita sama sama buang sampah dalam tong sampah, bukan tepi atas bawah jalan raya dan sewaktu dengannya.

sama-sama beringat ye. :p


kesian tong sampah yang kekosongan sampah. :(



kesabaran itu penting



No joke. Seriously.

Only people who has a
bitter and unyielding heart can pull it of.
I think. :)

Kalau rase nak mencuba, please make sure anda mempunyai motivasi untuk hidup yang tinggi dan ability untuk meng-ignore semue benda di sekeliling yang sangat super.
When i say super. Means SUPER SUPER.

ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya sesi hilang kawalan dalam diri sendri dan kemudiannye meng-grab anak orang secara random untuk di jadikan bahan lepas geram. tak pun keluar berita perdana "
Si Abu, 21 tahun, cedera ringan akibat terjun bangunan dari tingkat 1".. Ini tidak bagus ye. samada untuk diri sendiri mahupun untuk alam sekeliling.

ahaks ! saya sayang semua kawan-kawan saya. so, sayangi diri anda yee.

Kalau nak buat sila pastikan diri anda cukup fit. ye, procedure ini adalah same dengan procedure nak naik Battlestar Galactica. tak kira Human atau Cyclone ride. Ibu-ibu mengandung tak boleh naik, karang terberanak kat selekoh tajam.

Pasal, kadang-kadang saya pun ade rase jugak effect die. seram juga dengan diri sendiri bila ade perasaan nak meletup tu dalam diri. saya belum pernah lagi meletup di khalayak ramai. meletup dalam blog tuh sering. disebabkan tiada kudrat dan kekurangan sifat sabar untuk menahan perasaan tu. jadi, takut juga bila dipikirkan tentang reputasi saya sebagai budak cool yang tak marah-marah, chill sentiasa dan senyum memanjang terjejas. :/

dengan ini akan saya cari jalan untuk menchannelkan emosi gua ke dalam sesuatu medium.
Hurmm.. *nowloading*

kesian kamu, cik blog !


Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.
tetapi, mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.


haii. i miss you damn much.
sudah berpuluh-puluh hari tidak meluangkan masa bersama cik blog.
terasa kegatalan juga tangan ni nak menari-nari di atas keyboard netbook ni.
apakan daya, sibuk. sibuk. sibuk.
ahaks, sibuk ke? sila jawab okeii.