Monday, April 30, 2012

Mine


My blacky and whity
To be.
Good night, all.
 :)






Yes, I want.



I want to have a relationship where 
I don’t need to hold hands to feel together, 
hugs to feel wanted, 
cuddle to feel the love,
talk on the phone till early mornings to feel occupied. 




But I want a relationship that goes to the mosque to perform prayers in the middle of a ‘date’.




p/s : If he's a right guy, he won't leave. 
Ameen till jannah. :)


Boleh tak?

 
Sorry, I used to speak and write in English when I get mad. :S
 
Today the universe turned it's back against me. I faced the mid-term exam, Fiqh Qadha' or Sistem Kehakiman dalam Islam". I had sleepless nights for. After doing, I didn't get a reply as much as the effort I put on it. And yes just great, it's sunny along the day. Looking outside and hearing the stranger voices, it made me stronger than before. I know how hard design is. I know how long i'll be going to reach the best. Im trying too.

Entah. it just hurts. It hurts more when the person you want to talk to about it with, not there. When you start to hope. Being hopeful hurts so much. So much you just would do anything to stop that feeling. My best solution to forget things is to do my work. But since work cari pasal, so i slept.

How do u tell someone you have problems but you just cant because suddenly their problems are bigger than yours?

The best of all, the end of today, I was being blamed back. What a great day. What did I ever do wrong? 
 
*Menahan kepanasan hati dan sebak*

Bye. shut down.
 
 
 
 

Saturday, April 21, 2012

Si comel. :)


Just look at his cheeks.
How cute you are, Muhammad Iman Irshad !





Transformasi diri


Kita geram dan rasa annoyed bila orang cuma cari kita bila dia perlukan kita. Rasa benci pun ada. Tapi tanpa sedar, kita pun sama. Cuma ingat Allah time ada musibah. Heh, bila ada warning tsunami dan gempa bumi baru nak ingat Allah. Selama ni, kita buat tak tahu dengan panggilan Dia. Kitalah orang yang kita benci. So, jom ubah diri kita. Biar Allah sayang, insan lain pun sayang ♥ ;)
          p/s : Peringatan untuk diri sendiri :)
 
 
 

Untuk Mister Right.

My heart is talking and my two hands are typing
Deep inside my heart, these are for you.
My mister right.


Maafkan saya,
Jika saya kekal dengan ketegasan diri tak nak didekati oleh seorang insan bernama lelaki dulu, mungkin semua ini takkan terjadi.


Maafkan saya,
Jika saya tidak bergurau senda & ramah melayan kata-kata mesra dari awak dulu, mungkin semua ini takkan terjadi.


Maafkan saya,
Jika saya tak bercakap dengan nada yang lembut dengan awak dulu, mungin semua ini takkan terjadi..


Maafkan saya,
Kerana jatuh hati pada awak & telah membuat awak juga jatuh hati pada saya.


Maafkan saya,
Jika lembut & mesra tutur bicara saya, manja suara & kata-kata saya dalam setiap pesanan ringkas, chatting kat fb & perbualan suara melalui telefon buat awak bertambah dekat & sayang terhadap saya.


Maafkan saya,
Kerana dah buat hati kita bergelumang dengan dosa selama ini.


Maafkan saya,
kerana mengambil keputusan untuk berpisah ini.
Bukan ada niat yang terselindung, tapi hanya untuk kita menggapai kembali redha-Nya.


Saya bersyukur diperkenalkan & dipertemukan dengan awak.
Mengenali awak, membuat saya yakin, di dunia nie masih ade lelaki yang baik.
Awak sentiasa baik dengan saya, awak banyak bersabar dengan karenah saya, awak sentiasa berusaha menggembirakan saya walau apapun mood saya ketika itu..
Prasaan kasih & sayang pada awak, merupakan 1 anugerah yang tak ternilai bagi diri saya.
Tapi malangnya, kita telah menggunakan anugerah itu dengan cara yang tak tepat.


Andai awak memang menyayangi diri ini.
jumpalah kedua ibu bapa saya,
pinanglah saya, dan jadikan saya milik awak yang halal, yang sah.
Kemudian, kita sambung kembali kisah percintaan kita di dalam hubungan yang halal.
Saya pasti, hubungan kita akan menjadi lebih indah setelah itu.


Andai saya memang merupakan tulang rusuk awak, saya akan menanti awak untuk kita saling melengkapi antara satu sama lain..
Tapi andai kata, saya bukan wanita yang ditakdirkan untuk menjadi jodoh awak, saya redha & saya doakan awak mendapat seorang wanita solehah yang jauh lebih baik berbanding diri saya.


p/s : Ikhlas dari hati. 


Wahai Adam !


✿~Tidak usah diharapkan wanita berpurdah,
bertudung bulat untuk menjadi isterimu,
di matamu mereka sempurna, tanpa ada sedikit pun cela…
namun, ambillah wanita yang pada PANDANGANMU BIASA,
jadikan mereka wanita yang hebat,
sesungguhnya di dalam diri setiap wanita itu ada ‘SOLEHAHNYA’..✿~

Yang tersembunyi tu MAHAL HARGANYA..namun yang tidak tersembunyi juga BUKAN MURAH..♥♥





Ulang tahun mereka.


20 April 2012
Saya tidak berkesempatan nak post entry tentang ulangtahun orang yang saya sayang pada tarikh ini. 
Kesibukan mengatasi masa for the whole of this week.
Hanya mampu mengucapkan selamat ulangtahun melalui telefon dan facebook
Disebabkan tidak berdampingan dengan mereka.
Hadiah tak sempat nak pos memandangkan ketidakcukupan masa nak pergi memilih di pasar raya.
Tapi, sebelum saya balik kampus, saya sudah memberi kucupan untuk ayah.
Tanda saya sayang dia.
Tanda saya beruntung dianugerahkan seorang ayah yang begitu mengambil berat dan kasih terhadap anak-anaknya
Itu sudah cukup bagi saya.
Hanya setiap lafaz doa mampu dititipkan di bibir setiap kali usai solat fardhu.
Selamat Hari Ulang Tahun yang ke-60, Ayahanda !
Sayang saya kepada ayah berkekalan sampai ke syurga. 
InsyaAllah. Ameen.

Encik Sapi-in bin Ibrahim
Semoga Allah memuliakan, menyayangi, membahagiakan keluarga, memberkati rezeki, memperkuatkan iman, menerangi setiap langkah kehidupan dengan cahayaNya, memberikan kenikmatan dalam ibadah dan kesihatan yang baik.

......

Tidak lupa juga, tarikh yang sama tetapi tahun yang berlainan.
20 April merupakan hari yang saya tertunggu-tunggu untuk ucap selamat hari lahir
kepada orang yang sayang.
Selamat ulangtahun ke-24, kakak.

The more number fights we have,
the more I end up loving you.
The more number of times you yell at me,
I grow fonder of you.
May this bond keep growing forever.
I love you till the end, dear sister !


Shahrayanis binti Sapi-in
The only one sister that I had ever.
I thank Allah to have you.




Sunday, April 1, 2012

Ayah



Ya Allah
Patut lah rasa tak sedap hati je
Terasa sangat nak balik rumah
I'm eager to meet my parents
I always counted the seconds, minutes, hours and days to go back home.
I always told my friends yang saya rasa tak sabar nak balik rumah
Kenapa getaran hati saya sangat kuat?
Setiap hari telefon mak dan ayah

Tanya khabar dan melaporkan keadaan rutin macam biasa

Walaupun berbual rancak selalu, tetapi diri ini tak pernah jemu

Bergelak tawa, merajuk-sikitsikit kemudian dipujuk
Mereka selalu berdamping dengan saya, ada dekat dengan saya

3 hari yang lepas,
mimpi yang bukan-bukan tentang ayah
Nauzubillah.

Kenapa mainan tidur ini sering berkait dengan orang yang saya sayang?
Lantas terjaga dari tidur
My eyes glanced at the clock.
It was 5.15am

But yet, my tears dropped quickly

I really hoped, it was not become a true.

Menangis dan menangis lagi
Bantal tidur dan bantal peluk kebasahan
Sehingga lah terdengar azan subuh
Up and get the wudhu' for subuh prayer

Ya Allah.
Adakah ini petanda?
Oh, tidak mungkin.
Jika itu satu kemungkinan, ternyata saya sangat tidak boleh terima
Hati terdetik dan merayu pada yang maha Esa
Ya Allah
Lindungilah orang tuaku dari segala musibah.
*Cried again and again*

Hati semakin tidak tenang
Asyik memandang kalendar kecil

menunggu waktu untuk pulang


Isnin, 2 April 2012
Diri ini berada di dalam kelas
Sedang khusyuk mendengar cerita dari pensyarah
Tiba-tiba terasa vibration handphone

"Ayahanda Saya is calling"..
Tapi tidak terus answer his call
Disebabkan menghormati pensyarah yang berada di depan
Oh.
Kenapa ayah call pagi-pagi lagi
Mungkin rindu kot.
Hati menyedapkan keadaan
Setengah jam berlalu,
Saya terus membuat panggilan untuk ayah
Salam diberi dan lantas bertanya khabar
I heard the strange voice from him

Hati sebak.
Ayah seakan menyembunyikan sesuatu
Saya memaksa ayah untuk beritahu hal sebenar
Akhirnya ayah akur
Ayah had a bad fever
His body is shaking
What i really touched for, ayah pergi klinik sorang-sorang

Larat pulak ayah drive sendiri
Dengan keadaan lemah
Saya semakin gelisah, tidak tenang
Ayah repeated his words dan menenangkan saya,
"tak ada ape-ape.demam sedikit sahaja. jangan risau"
Oh ayah,
Hati ini sentiasa risaukan ayah.
Semoga ayah sentiasa dilindungi
Dan diberi kesihatan yang baik untuk ayah.
Ayah jangan lupa makan ubat dan ikut nasihat doktor
SAYANG AYAH SANGAT-SANGAT


p/s : lagi 4 hari nak balik rumah. sentiasa menghitung hari. please be nice to me. -_-





Perlukah menangis?



Bila sedih, maka menangislah.
Tidak ada apa yang memalukan.

Menangisi jangan meratapi.
Tetapi,
ingatlah kasih ALLAH dalam titis-titis air mata yang dialirkan.
Kerana kasih ALLAH kita punya air mata.
Bayangkan jika kita sedih,
tapi ALLAH tak kurniakan kita air mata,
pasti seksa hati menahan sedih dalam diri.

SUBHANALLAH.

Kuatkan hati ini.
Liku-liku kehidupan yang sangat tajam.

Pelbagai ranjau berada di depan.



p/s : I feel lost inside myself.