Saturday, April 21, 2012

Untuk Mister Right.

My heart is talking and my two hands are typing
Deep inside my heart, these are for you.
My mister right.


Maafkan saya,
Jika saya kekal dengan ketegasan diri tak nak didekati oleh seorang insan bernama lelaki dulu, mungkin semua ini takkan terjadi.


Maafkan saya,
Jika saya tidak bergurau senda & ramah melayan kata-kata mesra dari awak dulu, mungkin semua ini takkan terjadi.


Maafkan saya,
Jika saya tak bercakap dengan nada yang lembut dengan awak dulu, mungin semua ini takkan terjadi..


Maafkan saya,
Kerana jatuh hati pada awak & telah membuat awak juga jatuh hati pada saya.


Maafkan saya,
Jika lembut & mesra tutur bicara saya, manja suara & kata-kata saya dalam setiap pesanan ringkas, chatting kat fb & perbualan suara melalui telefon buat awak bertambah dekat & sayang terhadap saya.


Maafkan saya,
Kerana dah buat hati kita bergelumang dengan dosa selama ini.


Maafkan saya,
kerana mengambil keputusan untuk berpisah ini.
Bukan ada niat yang terselindung, tapi hanya untuk kita menggapai kembali redha-Nya.


Saya bersyukur diperkenalkan & dipertemukan dengan awak.
Mengenali awak, membuat saya yakin, di dunia nie masih ade lelaki yang baik.
Awak sentiasa baik dengan saya, awak banyak bersabar dengan karenah saya, awak sentiasa berusaha menggembirakan saya walau apapun mood saya ketika itu..
Prasaan kasih & sayang pada awak, merupakan 1 anugerah yang tak ternilai bagi diri saya.
Tapi malangnya, kita telah menggunakan anugerah itu dengan cara yang tak tepat.


Andai awak memang menyayangi diri ini.
jumpalah kedua ibu bapa saya,
pinanglah saya, dan jadikan saya milik awak yang halal, yang sah.
Kemudian, kita sambung kembali kisah percintaan kita di dalam hubungan yang halal.
Saya pasti, hubungan kita akan menjadi lebih indah setelah itu.


Andai saya memang merupakan tulang rusuk awak, saya akan menanti awak untuk kita saling melengkapi antara satu sama lain..
Tapi andai kata, saya bukan wanita yang ditakdirkan untuk menjadi jodoh awak, saya redha & saya doakan awak mendapat seorang wanita solehah yang jauh lebih baik berbanding diri saya.


p/s : Ikhlas dari hati. 


No comments:

Post a Comment