worry less
smile more
accept criticism
take responsibility
listen and love
don't hate
embrace change
feel good anyway
*chill yaa finaz. gudnyte chenta*
p/s : no more mood to upload some pics. sori :p
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Demi Tuhanku yang diriku dibawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat,sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.
Wahai sahabatku,
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patutkita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasaiatau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kitaseluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia ituhanyajalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta dihati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusiaitu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta.Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.
Wahai sahabatku,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kitatidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang,tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan sabanhari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?
Wahai sahabatku,
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yangbaik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telahmenetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiadabersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.
Wahai sahabatku,
Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadunitu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat TajMahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta kearah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?
Wahai sahabatku,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmulebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebutkepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu didalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allahdi saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yangbergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohonkeampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kaudoakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allahuntuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.
Wahaisahabatku yang kecewa,
Bersabarlah...
p/s : memang kena atas batang hidung bila baca note ni yang kawan tag kat fb malam tadi. credit to u.
“persahabatan bagai kepompong” seperti kata sindenstosa,.
Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa.
Kecuali diri sendiri tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat, begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya..? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami. Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat..
Sebagai kekuatan,
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan..Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.Kita tidak tahu.
Tetapi, jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu..
RENUNGILAH…
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DI SEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA..
"sesungguhnya saudaramu yang jujur ialah yang selalu bersamamu dan orang yang apabila zaman berganti, tidak memutuskan hubungan denganmu, sekalipun bercerai denganmu, rasa persahabatan tetap untukmu."
<>
Ketika sahabat menjadi seteru, ketika sahabat meninggalkan kita, ketika sahabat semakin menjauh…sedarlah itu adalah satu proses menuju kematangan…
awal sungguh cik nonet bangun hari ini. tak rase nikmat sangat tidur walaupun cuaca teramat dingin. terase kebas sangat kaki ini. sejuk agaknye. mahu sahaja tarik selimut berkaler biru itu, namun terpaksa lupakan hajat itu. bangun-bangun, terus capai toiletries ke toilet sebelah. gosok gigi, cuci muka *belom mandi lagi okeii. state awal2 kat sini nanti ada jugak orang yang perli* then, terus bukak n mangadap lappy neh. oh, sungguh terhibur hati melayan online thingy neh di kala pagi hari. anyhow, search google cari bahan untuk assignment. alhamdulillah. done already. turun tingkat bawah, santap breakfast n karipap. masakan housemate sangat memukau.*nasi goreng yang pedas*
i miss home. telefon mak, tapi tak angkat. sibuk agaknye. but freaking sad and homesick. -_-
nak berborak macam semalam dan nak tanya cara-cara nak buat donat. cik nonet sangat suke donat yee. tak mahu dunkin donut or chocolate donut kat breadtime bakery or watsoever tapi nak sedonat-donatnye. teringat donat yang mak buat. sangat lah gebu. sukee!
in da moment i was calling my mom, all of sudden waiting call from my big bro, angah. borak macam tak ingat dunia. shared some jokes n gelak tawa. u are so funny, bro! he's in penang rite now as an escort for his students' occasion. maklum lah, cikgu bujang selalu je jadi cikgu pengiring. -_*
pukul 3 nanti will be off to bangi wif cik ili and viviey. nak ambik cupcakes requested from my coursemates.
terkilan tak dapat join cik nasikah to buy her new own gadjet kat pc fair, klcc. teringin nak beli external hard disk 500gb tapi lupakan saja hasrat itu. disebabkan some of matters to be settled down.
siapkan 3 tasks from sir junight, subject the administration of islamic law in malaysia.
1) the existence of islamic law during Malacca Sultanate
2) the existence of islamic law before the colonisation
3) the existence of islamic law after the colonisation
******
*****
****
***
**
*
p/s : waiting from my mom's calling. T_T