memang fitrah lelaki mengimpikan pasangan untuk teman hidupnya. tidak nafikan, perempuan juga punyai fitrah untuk berpasangan. oh yes! tetapi, lelaki memang tidak boleh samakan dengan perempuan. kenapa saya katakan sebegini? sebab saya bercakap berdasarkan pengalaman. pengalaman yang memang saya takkan lupakan walaupun sedetik dan seketika. saya akui, sudah puas saya dilukai dan disakiti. hati sudah penat untuk menangis. mata sudah tidak larat untuk mengalirkan air mata. namun, apakan daya, redha dengan ketentuan dan pasrah dengan keputusan dia.
yes. sangat susah untuk memahami hati sang lelaki. kadang-kadang kita tidak boleh nak jangka apa yang ada pada dia dan apa yang dia nak buat. unpredictable man. bila dia meninggalkan kita, sangat susah untuk kita terima hakikat itu. pedih. hati meronta-ronta. senang sahaja dia mengkhianati hubungan yang terbina dan dia senang untuk menerima hati orang lain yang sepatutnya dia miliki. dengan kata lain, easy come and easy go. hell yeahh! hati yang ditinggalkan ini seperti dirobek-robek. mengertikah kamu? pedulikah kamu? sememangnya, si lelaki berhak untuk membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya. but, u are not supposed to hurt others, guys! benar, once we've been hurted, it's hard to be cured.
kami, on behalf of women, langsung tidak mengharapkan cinta dari sang lelaki yang tak jujur. tidak sama sekali okeii. rejected! wanita paling sensitif bila sang lelaki tidak menghargai cinta yang diberi. come on la. bukannya desperate sangat untuk memenuhi kehendak hati untuk memiliki seseorang. tetapi, terasa diri seolah-olah dipermainkan. dan terasa fobia untuk memiliki orang lain sebagai pengganti yang bertakhta di hati ini.
wahai lelaki. insaflah. sedarlah. jangan memperlakukan kami seperti boneka. kami juga punyai hati, perasaan dan maruah. jangan anggap kami golongan yang lemah dan sewenang-wenangnya utuk menganiayai diri kami. kami bukan mangsa penganiayaan cinta kamu, duhai lelaki. perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik. perempuan yang jahat, untuk lelaki yang jahat. Allah telah menjanjikan untuk hambanya seperti yang telah termaktub dalam Al-quranul karim.
saya tidak mampu untuk berkata-kata lebih. sebaliknya, niat saya murni untuk menenangkan hati saya dengan meluahkan segalanya di sini wahai insan yang bernama Adam. yang telah berlalu itu, saya jadikan sebagai pengajaran dan anggap ia sebagai pengalaman. pengalaman yang telah mendewasakan saya dan mengajar saya erti hidup saya yang sebenar. yes i am! terima kasih cinta. perhapsly, saya lebih berhati-hati untuk memilih kaca dalam debu selepas ini. mungkin ia akan mengambil sedikit masa lagi untuk betul-betul pulihkan hati yang terluka ni.
salam sayang.
No comments:
Post a Comment