petang yang hening. ter-over tidur sampai lewat petang. ya Allah, makruhkah puasaku?astaghfirullahal'azim. langsung tak terjaga ketika housemates sedang bertungkus lumus menyediakan lauk untuk berbuka. diri ini agak kepenatan.keletihan dan kegundahan. memikirkan masalah diri yang boleh disama ertikan dengan masalah negara. walhal, lagi besar dari masalah negara. di bulan yang penuh dengan barakah ini, saya sedang mengajar diri saya sendiri untuk jadi lebih matang dan professional even masalah yang dihadapi adalah setinggi gunung. dan saya percaya, setiap kesulitan itu pasti ada penyelesaiannya. dengan berbekalkan usaha dan doa.
bangun dari tidur, terus capai telekung untuk solat asar. bersalah pada diri sebab lewat mengabdikan diri pada Yang Esa. sebaik sahaja melangkah untuk turun ke tingkat bawah, nama saya diseru from 1 of my housemate. khidmat saya diperlukan untuk jadi pendengar yang setia. saya mendengar luahan hati dia. pasal cinta. cinta manusia. kesian dia. hampir menitis air mata bila saya dengar semua itu. automatically i was imagined, kalau lah saya berada di tempat dia dan saya yang menjadi mangsa sang ajnabi. oh lelaki. puaskah anda? if i were given a chance, i'll post 1 special entry about da name of boys, men and masculine.
okeii, let's proceed. motif saya yang sebenar hanyalah untuk menceritakan perihal saya on da 1st of Ramadhan. tetibe ter-over muqaddimah pulak. ya Tuhan, sangat berbeza keadaan semasa berbuka di rumah*homeswithome* dan di sini *nilai terchenta* my heart was very touched and terkilan. da 1st day of ramadhan sudah tidak bersama family untuk bersahur dan iftar jama'ie. sudah lama menghitung hari untuk pulang seperti kanak-kanak tadika yang baru belajar mengira. anyhow, life must go on. hati kononnya menunjukkan mode yang happy bila bersama husemates tatkala iftar petang tadi. awesome! ikan goreng kicap, sambal tempe+kentang+bilis goreng dan sayur kangkung goreng belacan. alhamdulillah, syukur di atas rezeki yang dikurniakan dariNya.
8.30 malam. saya bersama cik ili, ella, sikah and aesya meluncur ke masjid nilai untuk solat tarawih. hati berkobar-kobar kerana bulan ini sahajalah yang diberi kesempatan untuk maghfirah kepadaNya. ketahuilah, hadirnya dinanti, perginya dirindui oh Ramadhan Kareem. sejuk hati sebaik sahaja melalui jalan ke masjid Nilai berduyun-duyun para muslimin dan muslimat berkereta, bermotosikal mahupun berjalan kaki untuk menuju ke rumah Allah. seperti berada di Tanah Suci. jalan mulai sesak dan pengawal keselamatan sibuk mengurus lalu lintasnya. alangkah gembiranya saya apabila melihat hamba Allah yang teruja ingin mengejar pahala dengan seikhlasnya walaupun solat tarawih itu adalah satu amalan sunat. moga hati kami sentiasa beristiqomah denganMu, Ya Rabb!
"ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna. agat dapat kulalui dengan sempurna"
No comments:
Post a Comment